Kata |
Takrif |
Sumber |
lendut | ; melendut membengkok ke bawah; meleding: Dawai telefon ~ semasa hari panas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lendut | membengkok ke bawah, tidak tegang, meleding, melengkung: dawai-dawai telefon biasanya mengembang lalu ~ semasa hari panas; lendutan perihal lendut; pelendutan perihal atau proses melendut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lintap lendut | lintap yg melengkung ke atas (terletak di antara dua lintap mungkum). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lendutan | perihal lendut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lentik | lengkung ke atas atau ke belakang (iaitu hujungnya ke atas atau ke belakang sedangkan tengahnya lendut): Bulu matanya ~. Haluan perahu itu ~. melentik menjadi lentik. melentikkan menjadikan lentik; melengkungkan supaya lentik: Penari-penari itu ~ jari dgn lembut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lintap | 1 longgok atau kumpulan yg tersusun berlapis-lapis. 2 lapisan bumi yg terdiri drpd batu-batan dll yg berlapis-lapis. ~ lendut lintap yg melengkung ke atas (terletak di antara dua lintap mungkum). ~ mungkum lintap yg melengkung ke bawah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengeram | 1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (bkn ayam dsb): hanya ayam betina sahaja yg ~; 2. duduk mengendap (spt harimau, kucing, dll yg hendak menangkap mangsanya); 3. ki selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja: kalau ~ di rumah sahaja manalah nak tahu hal orang; 4. Mn lendut, rendah, lekuk (lantai, jalan, dll); selama enggang ~ prb terlalu lama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
eram | ; mengeram 1. duduk di atas telur supaya panas dan menetas (bkn ayam dsb): hanya ayam betina sahaja yg ~; 2. duduk mengendap (spt harimau, kucing, dll yg hendak menangkap mangsanya); 3. ki selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja: kalau ~ di rumah sahaja manalah nak tahu hal orang; 4. Mn lendut, rendah, lekuk (lantai, jalan, dll); selama enggang ~ prb terlalu lama; mengerami mengeram di atas sesuatu (biasanya telur); ~ telur orang prb mengahwini perempuan yg telah mengandung; seumpama telur sesarang dierami induknya prb perihal anak-anak yg sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yg saksama; mengeramkan menjadikan telur dierami, menetaskan (dgn mengerami);pengeraman perihal (perbuatan) mengerami;pengeram = mesin ~ sj alat yg mengeluarkan haba utk menetaskan telur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |