Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membawa perut ke rumah orang.

Takrif

Selalu bertandang makan ke rumah orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di rumah sendiri dapur tak berabu, ke rumah teman pergi berpasak seribu.

Takrif

Suka bertandang dan makan di rumah orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah terum di tengah rumah.

Takrif

Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bertandang ke rumah janda.

Takrif

Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam naik ke surau).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertandang ke surau.

Takrif

Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai ayam naik ke surau, b. Bagai bertandang ke rumah janda).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melangkah kaki kanan.

Takrif

Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti pacat kenyang.

Takrif

Sehabis makan di rumah orang, lalu pergi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai ayam naik ke surau.

Takrif

Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai anak sepat ketohoran.

Takrif

Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dalam rumah membuat rumah.

Takrif

Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Orang meranik pulang ke rumah,
     Pulang rumah jauhlah ke darat;
Budak ini memang beroleh,
     Sikit bercinta melayang surat.



Lihat selanjutnya...