Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)Glosari Sains Untuk SekolahBahasa Sukuan Bajau
Kata Takrif Sumber
terhadap1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas;Kamus Dewan Edisi Keempat
manusiamakhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~ utama manusia yg terbaik; memanusiakan menjadikan seseorang mem­punyai sifat-sifat manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan menim-bulkan keindahan dlm jiwa mereka; kemanusiaan perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
insanmanusia: ~ kamil manusia yg sempurna (baik, bersih drpd noda dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
alam nasutalam manusia, seluruh manusia.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemanusiaanperihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
nasutAr kemanusiaan; alam ~ alam manusia, seluruh manusia.Kamus Dewan Edisi Keempat
insanAr makhluk yg dicipta oleh Allah SWT yg tidak terlepas drpd kealpaan, manusia; ~ kamil manusia yg sempurna, iaitu Nabi Muhammad SAW; keinsanan kemanusiaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
umat1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad SAW. 2 seluruh rakyat; orang ramai. 3 = ~ manusia sekalian manusia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
manusia utamamanusia yg terbaik;Kamus Dewan Edisi Keempat
orang1 manusia (sbg dirinya sendiri): Tadi ada ~ yg menelefon anda. Keretanya ada, ~nya tidak ada. 2 diri manusia sbg kata ganti nama diri ketiga secara umum: Jangan suka mendengar cakap ~. 3 penjodoh bilangan bagi manusia: Lima ~ pekerja telah dipecat. 4 manusia yg berasal dr sesebuah daerah atau negeri: Saya ~ Kedah. 5 bangsa; kaum: ~ Melayu; ~ Iban. 6 = ~ lain manusia lain; bukan diri sendiri: Ini kereta ~, bukan kereta saya. ~ asing orang yg berasal dr negara lain. ~ asli penduduk asal sesebuah negeri. ~ awam a. rakyat biasa; khalayak ramai. b. bukan anggota ten­tera; orang preman. ~ besar a. orang yg besar tubuh badannya. b. orang dewasa. c. orang yg berpangkat tinggi. ~ bukit orang yg tinggal di bukit. ~ gaji orang yg bekerja di rumah orang lain. ~ hutan a. orang yg tinggal di hutan. b. monyet besar berwarna coklat ke­­me­rah-merahan yg mempunyai tangan yg panjang, Pongo pygmaeus. ~ ke­­banyakan orang biasa (bukan orang bang­sawan, bukan orang berpangkat dsb). ~ ramai khalayak ramai; umum. ~ tengah a. orang yg bertindak menjadi pendamai antara orang-orang atau antara dua pihak yg berbalah. b. orang yg menjadi perantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna. c. orang yg menjadi perantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll. ~ tua a. orang yg sudah tua. b. ibu bapa. c. = ~ tua-tua orang yg dianggap tua dan berpengalaman. ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesua­tu (biasanya melakukan hal-hal yg tidak baik). orang-orang, orang-orang­an sesuatu yg dibuat spt orang; patung; boneka: Ayah meletakkan ~ di tengah sawah utk menakutkan burung supaya tidak memakan buah padi. berorang ada orangnya: Rumah itu tidak ~. seorang 1 satu orang. 2 sendiri. seseorang mana-mana orang; sesiapa. berseorangan, berseorang dgn cara seorang-seorang; seorang diri. keseorangan terasing (tinggal) seorang diri; terpencil seorang: Sejak isterinya meninggal, dia selalu berasa ~. perseorangan hal-hal mengenai se­orang; dgn cara berseorang (lw bere­gu): johan ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,

Puisi
 

Anak India membawa madat,
     Dari Kedah langsung ke Bali;
Hidup manusia biar beradat,
     Bahasa tidak berjual-beli.



Lihat selanjutnya...