Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
273 | Nobody is infillible | Tiada manusia yang tidak pernah berbuat silap atau salah | Tidak manusia nan tidak gawal | He may be the greatest leader the country has ever had, but nobody is infallible. His drastic policy has recently brought economic turnmoil to the country. | Beliau mungkin pemimpin terhebat di negara itu, tetapi tidak manusia nan tidak gawal. Dasarnya yang keterlaluan telah menjadikan ekonomi negaranya kelam-kabut baru-baru ini. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
356 | Man proposes, God disposes | Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. | Manusia merancang, tuhan menentukan | If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. | "Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia merancang, tuhan menentukan, tuan'', jawab pengurus. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
355 | Man proposes, God disposes | Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. | Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan | If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. | ''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
354 | Man proposes, God disposes | Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. | Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa | If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. | ''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa, tuan'', jawab pengurus. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
88 | You can catch more flies with honey than with vinegar | Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu) | Batu pun empuk, jangankan manusia | If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar. | Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
603 | The tongue is sharper than the sword | Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal | Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang | Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal. | Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
484 | A promise is a promise | Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan | Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya | He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise. | Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
404 | Much would have more | Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi. | Nafsu tidak bertepi | I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But much would have more. Now, I think that amount is not enough. | Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
272 | Nobody is infillible | Tiada manusia yang tidak pernah berbuat silap atau salah | Bumi mana tidak ditimpa hujan | He may be the greatest leader the country has ever had, but nobody is infallible. His drastic policy has recently brought economic turnmoil to the country. | Beliau mungkin pemimpin terhebat di negara itu, tetapi bumi mana tidak ditimpa hujan. Dasarnya yang keterlaluan telah menjadikan ekonomi negaranya kelam-kabut baru-baru ini. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
58 | Blood is thicker than water | Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain. | Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya | So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend. | Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya, wahai kawanku. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |