SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan turun bercurah-curah, Ramai manusia lari berlindung; Hidup saya sebatang karah, Dalam hujan mencari untung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang berbendang kita berbendang, Tapi tak boleh bekerja awal; Kerbau sekandang boleh dikandang, Manusia seorang tiada terkawal. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk manis dalam padi, Buah papaya dalam perahu; Puas menangis dalam hati, Seorang manusia tidak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung jeladan singgah di huma, Anak balam turun ke paya; Budi laksana sinar purnama, Manusia alam menumpang cahaya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagi-pagi naik ke darat, Kerana hendak membasuh kain; Buruk besi kerana karat, Hina manusia kerana miskin. |
|
Puisi |
---|
|
Anak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 356 Man proposes, God disposes Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Manusia merancang, tuhan menentukan “If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. "Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia merancang, tuhan menentukan, tuan'', jawab pengurus. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|