Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Macam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang bandar bersanggul dua, Orang barat bersanggul lintang; Alangkah baik berbini tua, Perut kenyang pengajaran datang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Singapura dilanggar todak, Orang berkubu batang pisang; Orang tua melawan budak, Ibarat aur ditarik songsang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pinang tua beraga-raga, Pinang muda lebihlah lagi; Orang tua ngada-ngada, Orang muda lebihlah lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pinang tua beraga-raga, Pinang muda bertemu hati; Orang tua mengada-ngada, Orang muda apa lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tuan Haji memakai jubah, Turun ke padang memburu rusa; Orang mengaji memuji Allah, Orang sembahyang mengampun dosa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang bersalam di dalam perahu, Makan ubi dengan kurma; Orang Islam hendaklah tahu, Bilangan nabi dua puluh lima.
Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.



Lihat selanjutnya...