PeribahasaEmpat sudah bersimpul satu.TakrifKesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBukannya bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari.TakrifKebenaran yang sudah terang dan nyata, tidak saja disaksikan oleh orang-orang biasa, tetapi juga oleh orang-orang yang berkuasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBadan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.TakrifWalaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCampak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.TakrifOrang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan terang dalam rimba.TakrifOrang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggali paya menimbun bukit.TakrifMembantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung.TakrifOrang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBingung tengkar, cerdik begar.TakrifOrang-orang yang sukar diajak muafakat. tengkar = bantah, cekcok; begar = susah, keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSampah jangan ditendang disepak.TakrifOrang-orang yang miskin jangan dihinakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti biawak, masakan hilang kesatnya.TakrifOrang-orang yang rendah budi pekerti tentu bahasanya kasar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
499 | When in Rome, do as the Romans do | Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ. | Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut | You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do! | Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
608 | One good turn deserves another | Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita). | Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. | ''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me. | ''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa,'' kata Salina kepada saya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
474 | The pot calling the kettle black | Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu. | Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang | My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!'' | Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang, konon!'' | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
359 | Tastes differ | Setiap orang berbeza kesukaannya. | Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati. | Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> Tastes differ ! | Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
378 | So many men, so many opinions. | Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan. | Lain orang, lain pendapat | A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached. | Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan lain orang, lain pendapat, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
376 | As many men, as many opinions | Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan. | Lain orang, lain pendapat | A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. As many men, as many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached. | Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan lain orang, lain pendapat, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
360 | To each his own | Setiap orang berbeza kesukaannya. | Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati. | Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own ! | Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
381 | So many men, so many opinions. | Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan. | Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam | A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached. | Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam , saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
342 | Everyone to his own taste | Setiap orang berbeza kesukaannya. | Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati. | Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> Everyone to his own taste ! | Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
341 | Every man to his taste | Setiap orang berbeza kesukaannya. | Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati. | Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> every man to his taste! | Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 608 One good turn deserves another Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita). Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. ''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me. ''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa,'' kata Salina kepada saya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|