Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Boleh saya dapatkan istilah tepat bagi 'scarecrow'. Adakah orang-orang atau orang-orangan? Kedua, bolehkah saya gunakan orang-orang sebagai penanda jamak bagi perkataan orang. Terima kasih | Kedua-dua "orang-orang" dan "orang-orangan" adalah betul dan boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk scarecrow. Dalam data rujukan banyak digunakan perkataan orang-orang bagi menunjukkan jamak. Walau bagaimanapun, tidak salah jika kita menggunakan orang, lebih-lebih lagi kecenderungan penulis kini yang mementingkan nilai ekonomi dalam berbahasa. | Istilah | 27.07.2016 |
Yang mana betul ungkapan berikut : i. kata orang-orang tua ii kata orang tua-tua | 1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas. | Makna | 02.02.2017 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang ayat ini. Aminah dimarahi oleh ibunya kerana bersikap biadab terhadap orang - orang tua. Soalan saya: Orang-orang tua atau orang tua-tua? Mengapa? Terima kasih | Waalaikumsalam. Ayat yang betul ialah "Aminah dimarahi oleh obunya kerana bersikap biadap terhadap orang-orang tua." 1. Orang tua-tua bermaksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2. Orang-orang tua pula bermaksud golongan warga emas.
| Tatabahasa | 18.03.2015 |
Bolehkah perkataan "orang-orang" digunakan untuk menunjukkan makna ramai orang? | Dari segi tatabahasa, kata "orang" tidak perlu digandakan kerana "orang" boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Orang-orang/orang-orangan yang bermaksud patung yang berupa orang yang diletakkan di tengah sawah untuk menakutkan burung. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
Apakah ayat songsang untuk ayat di bawah: (a) Orang-orang kampung tidak menyukai Faizan kerana dia selalu mencuri. | Dalam bahasa Melayu, terdapat dua proses pendepanan prediket, iaitu: pendepanan seluruh predikat (Tidak menyukai Faiza kerana dia selalu mencuri orang-orang kampung) dan pendepanan sebahagian daripada predikat (Tidak menyukai Faizan orang-orang kampung kerana dia selalu mencuri). Melalui pendepanan sebahagian daripada predikat juga boleh dengan cara pendepanan kata kerja sahaja, pendepanan kata kerja dengan objek dan pendepanan kata kerja dengan kata bantu. | Tatabahasa | 08.11.2015 |
Beberapa puak asli di Temasik iaitu Orang Selat, Orang Gelam, Orang Kallang dan Orang Kelumang. Adakah semua nama suku ini perlu huruf besar? | Nama puak orang Asli adalah kata nama khas dan dieja seperti yang berikut orang Selat, orang Gelam, orang Kallang dan orang Kelumang | Lain-lain | 05.09.2017 |
Maaf, saya ingin bertanya. Adakah patung yang terdapat di sawah dipanggil orang-orang? Saya ingin mendapatkan kepastian. | Perkataan "orang-orang" dan "orang-orangan" adalah betul dan boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk scarecrow. | Makna | 29.05.2020 |
sila bezakan'orang tua-tua' dengan 'orang-orang tua'!Sila sertakan ayat-ayatnya agar memudahkan pemahaman | Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua. Orang tua-tua pula merujuk pada orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya. Contoh ayat: Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 26.03.2014 |
Mohon pandangan berkaitan tajuk seperti di bawah: PERATURAN TETAP OPERASI MENYELAMAT ORANG PAPA DI BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 Penggunaan di Bawah Akta atau Bawah Akta sahaja | Penggunaan bahasa yang betul ialah PERATURAN TETAP OPERASI MENYELAMAT ORANG PAPA DI BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977. | Tatabahasa | 31.12.2020 |
Maaf, saya nak bertanya apakah ejaan yang betul bagi perkataan orang utan? Orang hutan atau orang utan? orang utan Sumantran atau Orang Utan Sumatran? Ejaan sumatran atau sumantran yang betul? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah orang utan, Orang Utan Sumatera. | Ejaan | 19.10.2020 |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya.
Lihat selanjutnya... |
|