Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ATRIUM | Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan yang digunakan untuk memasak, tidur dan berhibur. Satu lubang di tengah-tengah bumbung membolehkan asap keluar. Apabila reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju, dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk melalui lubang di tengah-tengah bumbung ditadah dalam besen marmar yang dikenali sebagai impluvium. A trium orang Rom yang tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah. Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom). | UMUM | |
RUMAH ADAT ORANG BIDAYUH | RUMAH ADAT ORANG BIDAYUH, bangunan khusus yang digunakan untuk upacara agama, sosial dan adat orang Bidayuh di Sarawak. Fungsi rumah adat ini adalah untuk mempereratkan hubungan semangat kekitaan di kalangan orang Bidayuh. Orang Bidayuh membina rumah adat di setiap perkampungan mereka. Bagi penduduk Bidayuh di daerah Bau, rumah adat mereka dikenal sebagai Baruk, di daerah Serian dipanggil Baluh atau Balui dan di Kuching dipanggil Panggah. | BUDAYA | Bangunan/Kota |
MENCURI | Mencuri adalah suatu jenayah yang ditakrif secara berbeza-beza oleh undang-undang di negara yang berlainan. Biasanya jenayah ini ditakrif sebagai mencuri apabila seseorang memasuki rumah orang lain atau tempat perniagaan tanpa kebenaran, dengan niat melakukan jenayah yang serius. | UMUM | |
SEMAI | SEMAI, suku kaum Orang Asli yang terdapat di Perak, Pahang dan Selangor. Istilah Semai berasal daripada perkataan bahasa orang Temiar iaitu seman yang bermaksud orang di bukit selatan. Terdapat dua kelompok orang Semai iaitu Semai Barat dan Semai Timur. Di barat, majoriti orang Semai mendiami rumah-rumah yang berasingan berasaskan konsep keluarga nuklear. Manakala di timur, orang Semai masih tinggal di rumah-rumah panjang dan mempunyai keluarga besar. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
MUHAJIRIN | Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu daripada orang lain. Mereka berhijrah meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta benda semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar. (Surah al-Tawbah 9:100) | UMUM | |
SMEATON, JOHN | Smeaton, John (17241792) ialah jurutera British yang mereka bentuk rumah api Eddystone yang ketiga di pantai England. Dia mengabaikan nasihat para jurutera lain dan membina rumah api itu daripada blok batu yang ditanggam bersama. Rumah apinya teguh berdiri selama lebih 100 tahun sebelum dirobohkan. Smeaton juga mereka bentuk dan membina jambatan, kincir air, pelabuhan, terusan, sistem saliran, dan projek lain. Dia membuat pembaikan besar pada enjin stim ciptaan Newcomen. Dia orang pertama yang menggelar dirinya sebagai jurutera awam. Pada tahun 1771, dia menubuhkan Persatuan Jurutera Awam. Smeaton lahir di Austhorpe berhampiran Leeds, England. | UMUM | |
PERANG BADAR AL-KUBRA | Perang Badar al-Kubra meletus pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah bersamaan dengan tahun 624 M. antara orang Islam dengan orang kafir Makkah al-Mukarramah. Faktor utama berlakunya peperangan ini ialah orang Quraisy telah menyeksa dan merampas harta orang Islam sehingga memaksa mereka berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan rumah tangga di Makkah al- Mukarramah. Orang kafir juga telah menghalang orang Islam daripada menunaikan haji dan umrah. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. mahu melemahkan kekuatan orang kafir Quraisy dengan menghalang jalan perdagangan mereka dari Makkah al- Mukarramah ke Syam. | UMUM | |
ASUHAN SIANG HARI | Asuhan siang hari ialah khidmat penjagaan kanak-kanak atau orang dewasa yang uzur, ketika orang yang bertanggungjawab terhadap mereka tidak dapat berbuat demikian. Di kebanyakan negara maju, mengikut tradisi, wanita menjaga anak di rumah. Walau bagaimanapun, semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, wanita yang bekerja di luar rumah semakin bertambah. | UMUM | |
RUMAH KEDIAMAN | Bangunan untuk diduduki oleh orang... | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
RUMAH RAWATAN | Rumah rawatan ialah institusi kediaman yang menyediakan rawatan perubatan dan bukan perubatan, terutama bagi orang yang berumur 65 tahun atau lebih. Hampir semua rumah ini juga menerima pesakit yang lebih muda. Rum | UMUM | Umum |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat.
Lihat selanjutnya... |
|