SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuat budak tengah rumah, Tepung gomak tengah perahu; Tuan main satu rumah, Orang di luar habis tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itikbawah rumah, Main budak cepat berlari; Oi, encik orang di rumah, Terima tidak kami ke sini. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBentang tikar tengah rumah, Hendak tabur biji lada; Tabik encik orang di rumah, Saya main kurang bahasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itik bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oh encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Masa kecil ditimang ibu, Sudah besar ditimang orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Lagi kecil ditimbang ibu, Sudah besar timbang gelombang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya gontong; Dari kecil timangnya ibu, Sudah besar cari untung. |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 499 When in Rome, do as the Romans do Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do! Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|