Pantun |
Sumber |
Tema |
Tanjung Sempit Kuala Tembeling, Arah menghala Lautan Cina; Dia mengenyit saya menjeling, Kenapa seorang jadi merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Sarawak sungainya sempit, Tuan datang dengan rombongan; Hendak kubawa perahu sempit, Tinggallah emak tinggallah junjungan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sayang Sarawak sungainya sempit, Buah nanas lambung-lambungan; Hendak kubawa perahuku sempit, Tinggallah emak tinggal junjungan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sayang Sarawak muaranya sempit, Buah rengas lagi berbunga; Hendak dibawa perahu sempit, Tinggal nama hati memuja. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau tidak Sarawak sempit, Di situ juga jalan kuda; Maaf saya suaraku sakit, Ke situ juga melihat harta. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hilir rakit sungai sempit, Anak raja turun menuba; Hulur sirih jari dipicit, Itulah tempat muda mencuba. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang luas tentulah laut, Yang sempit tentulah selat; Orang malas tentulah hanyut, Orang pelit tentulah jahat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak dara pandai bergaya, Kain sempit berbelah dada; Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Rumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Di Sungai Sarawak berlombak rakit, Seri Sarawak dalam Limbungan; Hendak kubawa perahuku sempit, Tinggal kasih tinggal kenangan. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
|
Tesaurus |
---|
| sempit (adjektif) | 1. Dalam konteks pakaian bersinonim dengan ketat, kecil, kupit, ketang, ketat, kopet, kincup, terik, sepan, sendat, Berantonim dengan longgar
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan cetek, picik, dangkal, singkat, pendek, tidak panjang, cupet, Berantonim dengan luas.
3. Dalam konteks lipatan bersinonim dengan khusus, terhad, kecil, terbatas, Berantonim dengan merata
4. Bersinonim dengan miskin: sesak: susah, payah, sukar, picik, serba kekurangan, miskin, papa, teruk, terhimpit, tersepit, terdesak, sulit, rumit, berat, gawat, Berantonim dengan kaya
| Kata Terbitan : bersempit-sempit, menyempit, menyempitkan, mempersempit, kesempitan, penyempitan, |
|
Puisi |
---|
|
Sayang Sarawak sungainya sempit, Buah nanas lambung-lambungan; Hendak kubawa perahuku sempit, Tinggallah emak tinggal junjungan.
Lihat selanjutnya... |
|