Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus SainsKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
merataimerata di; merata ke segenap: Air yg tumpah itu ~ permukaan meja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merataimerata di; merata ke segenap: Air yg tumpah itu ~ permukaan meja.Kamus Pelajar
sepah/sépah/; bersepah 1 bertabur di merata-rata tempat; berselerak: Bangkai binatang ~ dan berbau busuk. 2 dpt diperoleh di merata-rata tempat kerana banyak; banyak sekali: Sekarang ini buah durian ~ di mana-mana. menyepah­kan menyelerakkan atau menaburkan se­suatu ke merata-rata tempat: Siapa yg ~ kertas di bilik tamu ini?Kamus Pelajar Edisi Kedua
merata1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas;Kamus Dewan Edisi Keempat
merata-rataterdapat di banyak tempat; ada di segenap atau seluruh: Sampah sarap bersepah di ~ tempat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merata1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merata-rataserata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas;Kamus Dewan Edisi Keempat
merata-ratatersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah;Kamus Dewan Edisi Keempat
sepah(sépah); bersepah, bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan; bersepahan bertaburan (berserakan) di merata-rata tempat, tidak teratur atau ter-susun (pakaian, pinggan mangkuk, dll): pinggan mangkuk sisa makanan petang tadi masih ~; menyepahkan menaburkan (menyerakkan) ke merata-rata tempat: majalah-majalah itu disepahkan di hujung gulungan tikarnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
semerbak1 merebak ke merata-rata (bkn bau yg harum); merata: ~ harum baunya. 2 harum; wangi: Berbagai-bagai bunga yg ~ baunya terdapat di taman itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.



Lihat selanjutnya...