Kata |
Takrif |
Sumber |
penjajaran aksara(character alignment) | Penyusunan aksara di dalam baris supaya sekata dengan aksara lain. | Kamus Komputer |
kapstan(capstan) | Sejenis aci berputar yang merupakan sebahagian daripada kelengkapan unit pengendalian pita atau kaset bermagnet. Kapstan digunakan untuk menyalurkan pita melalui kepala baca atau kepala tulis dengan pergerakan yang sekata. | Kamus Komputer |
sama | 1. tidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan, dll), serupa: bajunya ~ dgn baju saya; dua kali dua ~ dgn empat; pangkatnya ~ tinggi dgn pangkat saya; 2. (turut) serta, bersaing (dgn orang lain) melakukan sesuatu: penjaga kedai turut ketawa ~ apabila men-dengar cerita itu; 3. yg setanding (setaraf dsb) dgn, setanding, seimbang, setara, setaraf: jikalau seorang raja tiada menaruh malu sopan akan ~nya raja, bukanlah dia itu raja namanya; 4. = sama-sama semua sekali, kesemuanya: mereka sama-sama ketawa; 5. = sama-sama kata yg menunjukkan per-buatan dsb yg berbalas-balasan, saling: memang laki bini itu ~ tidak suka; tahu ~ tahu sama-sama tahu; 6. bp akan, kepada: aku mulai sebal ~ perempuan itu; mengapa engkau mesti marah ~ dia? 7. bp dengan, berserta: Ahmad sekarang sudah jarang bermain ~ kami; 8. sl sambil, seraya: maka kata Raja Muhammad, Cih! Jatuh destar kita oleh Tun Besar, ~ ia memandang penjawat-nya; ~ ada apakah, ataukah; ~ ada ... atau baik ... mahupun; ~ bina mempunyai nilai (kadar, keadaan, dll) yg sama; ~ dengan serupa dengan; ~ kita antara kita sahaja; ~ nilai (mempunyai) sama nilaian (ukuran dll); ~ sahaja tidak berbeza (berubah); ~ sahaja (juga halnya) dgn tidak ubahnya spt; ~ segi (mem-punyai) segi yg sama; ~ sekali seluruhnya, segenapnya; ~ sendap Kl berpadanan dan sesuai, cocok; ~ sendiri = satu ~ lain antara mereka itu sendiri; ~ tengah a) betul-betul di tengah; b) tidak memihak ke mana-mana, berkecuali; ~ ukur kesamaan dlm bentuk (saiz dll) antara dua bahagian; ~ unsur (unsur-unsur yg) sama sifat kimia nya tetapi berlainan berat atomnya, isotop; air ~ air, sampah ke tepi juga prb jangan ikut campur perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali kita akan tersisih juga; burung pipit ~ enggang prb jodoh yg tidak sepadan; tak ~ getah batang dgn getah daun prb kasih kpd anak sendiri itu tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; telentang ~ menadah embun, tertiarap ~ memakan pasir = tertungkup ~ termakan tanah, tertelentang ~ terminum embun prb orang yg seia sekata dlm pergaulan; sesama antara (mereka itu) sendiri: mereka pun asyik berbicara ~ mereka; ~ manusia; sama-sama 1. semua sekali, kesemuanya (secara serentak atau sbg satu kumpulan); 2. serta, bertepatan (dgn); 3. turut serta, bersaing (melakukan sesuatu) dgn orang lain: saya mengajak saudara saudari ~ melihat bahasa dlm konteksnya; 4. ungkapan yg lazim di-gunakan utk membalas ucapan terima kasih drpd orang lain, terima kasih kembali; bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat perun-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; bersamaan 1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20 September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh; 2. hampir sama, hampir serupa; 3. ber-bandingan (dgn), berimbangan (dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2 sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat: profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di sini; kebersamaan keadaan atau hal bersama: rasa ~ dgn anggota masyarakat; menyama-nyama membuat diri spt, berlaku spt: tidak usahlah kita hendak ~ orang kaya; menyamai sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Ter-tinggi di Amerika; menyamakan 1. menjadikan sama (serupa, selaras, dll): arnab dapat ~ warna dirinya dgn warna tanah; kerajaan Persekutuan boleh ~ undang-undang antara sebuah negeri dgn negeri yg lain; 2. menganggap (meman-dang) sama sahaja (dgn sesuatu), menganggap tidak berbeza drpd, menganggap serupa (setara, setanding, dll): pendekatan forma-listik sering disamakan dgn pendekatan struktur; gadis Melayu tidak boleh disama-kan dgn gadis Barat; 3. mengumpamakan, mengibaratkan, menganggap sama atau seolah-olah spt: manusia tidak boleh disamakan dgn jentera; perbuatan serupa itu dapat disama-kan dgn mengusik anjing tidur; mempersamakan menjadikan bersama-sama, memperikutkan, mengembarkan, menyerta-kan; mempersama-samakan melakukan sesuatu bersama-sama (dgn orang banyak): tidak pernah kerja berat dilakukan oleh seorang sahaja, melainkan sentiasa dipersama-samakan; kesamaan perihal (sifat, keadaan) sama: manusia sangat sukar utk memelihara ~ dan kesatuan dlm soal bahasa; ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama: ~ antara gambaran dan hakikat; persamaan 1. perihal sama (sifat-sifatnya dll), persesuaian: yg membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan; ada ~ antara orang asli di Filipina dgn orang asli di Semenanjung Tanah Melayu; 2. perbandingan, perumpamaan, ibarat: ~ yg diberikan dlm sajak-sajak itu banyak yg salah; 3. perbandingan dua ungkapan yg sama nilainya (dlm ilmu hisab, fizik, kimia, dll); ~ kimia perlambangan tindak balas kimia dgn menggunakan simbol unsur-unsur utk me-nandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas; penyamaan perbuatan menyamakan (menye-laraskan): perjanjian tentang ~ ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia; penyama sesuatu (orang, perkakas, dll) yg menyamakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
solute | zat terlarut | Kimia | Tiada | Bahan yang larut di dalam pelarut lalu membentuk larutan. Zat terlarut tersebar dengan sekata di dalam pelarut, sama ada dalam bentuk ion seperti garam atau molekul seperti gula. |
head box | kotak utama | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ruang pengagih pada mesin kertas tempat stok kertas yang telah diadun, dan dilepa dengan sekata di atas dawai fourdrinier. Bahagian ini mengawal kuantiti stok yang hendak dilepa, yang bergantung kepada jenis dan tebal kertas yang akan dihasilkan. |
stremline flow | aliran garis strim | Fizik | Mekanik | Aliran bendalir tanpa gelora yang zarah-zarahnya mengalir mengikut lintasan selanjar yang jelas, dan halajunya pada sesuatu titik sentiasa malar atau berubah dengan sekata terhadap masa. |
catalyst impregnation method | kaedah pengisitepuan mangkin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah termudah untuk menyediakan mangkin dengan penampung yang poros atau berongga dicelupkan ke dalam larutan mangkin. Penampung kemudian dikeringkan dan mangkin diaktifkan. Kaedah ini kurang sesuai bagi mangkin logam yang mahal kerana mangkin tidak disebarkan dengan sekata. |
homogenization | penghomogenan | Kimia | Tiada | menjadi saiz sekata, dengan itu menghasilkan sistem koloid yang tidak dipengaruhi graviti. |
Maxwellian view | pandangan Maxwell | Fizik | Optik | Kaedah menggunakan peralatan optik ;tanpa penggunaan okular membuatkan suatu kanta seolah-olah dipenuhi oleh kecerahan sekata. Dengan demikian, imej nyata bagi suatu punca cahaya terfokus pada pupil. |
lacunosus | lakunosus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Varieti awan yang terdiri daripada tompokan lapisan atau hamparan awan yang lazimnya nipis, ditandai oleh lubang-lubang yang tersebar secara sekata dengan kebanyakannya berjumbai. Unsur awan dan ruang yang jelas selalunya tersusun sehingga berupa jaring atau indung madu. Awan ini terdapat pada sirokumulus dan altokumulus, dan jarang-jarang sekali, pada stratokumulus. |
kepayang | kepayang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Pangium edule daripada famili Flacourtiaceae. Gubal kayu kepayang sukar dibezakan, dan biasanya berwarna kuning pucat atau kuning coklat. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 705 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan ringan sederhana berat. |
mempoyan | mempoyan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Rhodamnia cinerea daripada famili Myrtaceae. Gubal kayunya sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya yang berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara 1025 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat berat. |
kayu getah | kayu getah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Hevea brasiliensis daripada famili Euphorbiaceae. Gubal kayu dan teras kayunya sukar dibezakan, dan biasanya berwarna putih susu. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus danbersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, dan mudah dikeringkan tanpa mengalami cacat yang serius, tetapi kehadiran susu getah mengganggu kerja penggergajian kayu basah. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah, dan rentan kepada serangan serangga dan kulat pewarna, tetapi mudah diawet. Kayu ini digunakan untuk perabot, lantai parket, hiasan dalaman, dan kayu kumai, dn diserpai untuk pulpa, kertas, dan papan gentian. |
Kamus Sains.indb jari dari garis paksi anggota. (UBAT) abductor (abduktor) Otot yang mengabdukkan sesuatu. Banding adductor. (UBAT) abend (aben) Penamatan atur cara akibat ralat seperti ralat yang berlaku apabila huruf di- gantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang bersamaan dengan
|
Kamus Thai 2.indb ba:y] น dasar, polisi นรก [narok] น neraka นวนิยาย [nawaniya:y] น novel นวด [nuat] ก 1 (ร่างกาย) mengurut: หมอกำลังนวดขาของยูโซฟด ้ วยน ้ ำมันปลิงทะเล Bomoh sedang mengurut kaki Yusuf dengan minyak gamat. 2 (ข ้ าวเปลือก) mengirik: ชาวนาในภาคอีสานของไทยเคย ใช ้ ควายนวดข ้ าว Pesawah di timur laut Thailand pernah menggunakan kerbau untuk mengirik padi. 3 (แป้ง) menguli: คุณแม ่ กำลังนวดแป น sawah, bendang นากุ ้ ง [-ku] น kolam udang นาเกลือ [-kla] น kolam garam น ่ า [na:] ว sepatutnya: เมื่อวานเธอน ่ าจะ ไปภูเก็ตกับเขา Sepatutnya kamu ke Phu ket dengan dia semalam. น ้ า [na:] น 1 a (คำบอกเครือญาติชาย) bapa saudara b (คำบอกเครือญาติหญิง) emak saudara 2 a (คำเรียกขานชาย) pak cik, b (คำเรียกขานหญิง) mak cik นาก 1 [na:k] น
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
nyalaan suria | solar flare | Ledakan cahaya yang sangat cerah pada permukaan matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok matahari yang besar dan tidak sekata yang disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit. | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| kata (kata nama) | Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz,
sebut, ujar, syarah, bahas;, | | Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau sudah tetak nipah, Mari kita mengambil rumbia; Kalau sudah kujumpa ayah, Barulah padan seia sekata.
Lihat selanjutnya... |
|