Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
membuka bicaramemulakan bicara;Kamus Dewan Edisi Keempat
banding1. imbang, tara; tiada ~nya tidak ada yg menyamainya, tiada taranya; 2. Id rayuan (ulang bicara); naik ~ meminta ulang bicara;sebanding seimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki;berbanding 1. dibandingkan: penduduk daerah ini bertambah ~ dgn tahun lalu; 2. = berbandingan; berbandingan 1. ada bandingnya, (taranya): kebaikannya tiada ~; 2. seimbang, sebanding, sepadan: kekuatannya ~ dgn besar badannya;membanding 1. bp membandingkan; 2. Mn merayu (ulang bicara); 3. Mn memberi pertimbangan (benar atau salah), menyiasat;membandingi mengimbangi, menyamai: kita membeli senjata-senjata itu utk ~ kekuatan musuh;membandingkan, memperbandingkan melihat (menunjukkan dsb) persamaan dan perbezaan antara dua benda: dia ~ sastera Melayu dgn sastera Eropah;perbandingan, bandingan 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bicara1 pertimbangan fikiran; pendapat: Apa ~ tuan hamba? 2 rundingan; mesyuarat: Kalau sudah sepakat, tidak perlu kita mengadakan ~ lagi. 3 bp berunding utk mendapatkan penyelesaian: Kalau kita tidak dpt menyelesaikannya, lebih baik hal ini dibawa ~ kpd hakim. 4 bercakap; berkata: Mereka itu lebih ~ drpd bekerja. berbicara 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap: Ia meminta suaminya saja yg ~ dlm pertemuan itu. 2 bermesyuarat utk mendapatkan persetujuan dsb; berunding: Lama juga mereka ~ ttg syarikat kerjasama Syamelin. 3 berbahas dlm mahkamah utk menegakkan kebenaran. 4 mengeluarkan pendapat atau fikiran: Di negara demokrasi, rakyat bebas utk ~. membicarakan 1 memberikan pendapat ttg sesuatu; membincangkan: Sebuah buku yg ~ sejarah perkamusan Melayu akan diterbitkan tidak lama lagi. 2 mendengar serta mengadili sesuatu perkara dlm mahkamah: Tuan Hakim telah ~ kes pembunuhan itu dgn adilnya. perbicaraan perbuatan berbicara atau berbahas mengenai sesuatu perkara di mahkamah; pengadilan perkara di muka hakim: ~ itu diadakan di Mahkamah Tinggi. pembicaraan perbuatan membicarakan: ~ mereka telah beralih drpd politik tanah air kpd syarikat kerjasama. pembicara orang yg berbicara atau yg membincangkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bicara1. pendapat: benar sekali spt kata tuan hamba itu, barang ~ pun marilah kita undur dahulu menantikan kapitan kita; 2. fikiran, muslihat, akal budi: lain tidak ~nya, hendak mencari kesalahan akan Sang Si Tuah juga kerjanya; 3. mesyuarat: setelah masing-masing putus ~ itu, maka masing-masing pun undurlah menuju pulau; 4. (ber)cakap, (ber)kata: Maskam tidak banyak ~; 5. perkara di mahkamah: dia meminta nasihat bagaimana akan meminta ulang ~;berbicara 1. bercakap: dia membiarkan sahaja suaminya itu ~; 2. bermesyuarat: keputusan itu dicapai selepas mereka ~; 3. mengemukakan pendapat (fikiran dll): ~ tentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli; membicarakan 1. mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan: akan terbit pula sebuah buku yg ~ novel-novel sebelum perang; 2. mengadili sesuatu perkara di mahkamah: perkara itu harus diadukan kpd polis dan dibicarakan di mahkamah; perbicaraan pengadilan sesuatu perkara di mahkamah: bintang filem itu meminta mahkamah menangguhkan ~ kerana seorang saksinya tidak dapat hadir; pembicaraan 1. percakapan, perbincangan: ~ mereka beralih kpd perkara lain; 2. Id pengadilan perkara di muka hakim; pembicara 1. orang yg berbicara (berceramah dll); 2. ark pengacara, penasihat.Kamus Dewan Edisi Keempat
bicara1. pertimbangan fikiran; pendapat: Apa ~ tuan hamba? 2. rundingan; mesyuarat: Kalau sudah sepakat, tidak perlu kita mengadakan ~ lagi. 3. bp berunding utk mendapatkan penyelesaian: Kalau kita tidak dpt menyelesaikannya, lebih baik hal ini dibawa ~ kpd hakim. 4. bercakap; berkata: Mereka itu lebih ~ drpd bekerja. berbicara 1. mengeluarkan kata-kata; bercakap:Ia meminta suaminya saja yg ~ dlm pertemuan itu. 2. bermesyuarat utk mendapatkan persetujuan dsb; berunding: Lama juga mereka ~ ttg syarikat kerjasama Syamelin. 3. berbahas dlm mahkamah utk menegakkan kebenaran. 4. mengeluarkan pendapat atau fikiran: Di negara demokrasi, rakyat bebas utk ~. membicarakan 1. memberikan pendapat ttg sesuatu; membincangkan: Sebuah buku yg ~ sejarah perkamusan Melayu akan diterbitkan tidak lama lagi. 2. mendengar serta mengadili sesuatu perkara dlm mahkamah: Tuan Hakim telah ~ kes pembunuhan itu dgn adilnya. pembicaraanperbuatan berbicara atau berbahas mengenai sesuatu perkara di mahkamah; pengadilan perkara di muka hakim: ~ itu telah diadakan di Mahkamah Tinggi. pembicaraan perbuatan membicarakan atau membincangkan sesuatu: ~ mereka telah beralih dr politik tanah air ke syarikat kerjasama.Kamus Pelajar
campur bicara, = campur mulut; bercampur bicara, = bercampur mulut 1 turut berbicara; turut berkata-kata. 2 turut memasuki urusan orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peti bicara (ngomong)bp mesin bicara, gramofon;Kamus Dewan Edisi Keempat
campur bicara,= campur mulut; bercampur bicara, = bercampur mulut 1. turut berbicara; turut berkata-kata. 2. turut memasuki urusan orang lain.Kamus Pelajar
kira bicara1. tutur kata, cakap; dgn tidak banyak ~ dgn tidak banyak cakap; 2. berbin­cang, berunding: Samaun bukan orang yg boleh dibawa ~; berkira bicara bercakap, berbual, berbin­cang.Kamus Dewan Edisi Keempat
cakap besarkata-kata atau bicara yg mem­besar-besarkan diri sendiri; bercakap besar suka mengeluarkan kata­-kata atau bicara yg membesar-besarkan diri sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bicara

Puisi
 

Helang menyambar burung udara,
     Singgah menyambar gelugut batang;
Hilang budi lenyap bicara,
     Kasih menjulung bencana datang.



Lihat selanjutnya...