Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Istilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus Melayu ParsiDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)
Kata Takrif Sumber
firmankata-kata atau perintah Allah. berfirman bersabda; bertitah. difirmankan disabdakan (Allah); diperintahkan (Allah).Kamus Pelajar Edisi Kedua
firmanamaran, kata perintah (terutamanya Tuhan): ~ Allah kita ingatkan; berfirman bersabda, bertitah memberi amaran: Tuhan telah ~ Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan.; difirmankan diberi amaran, disabdakan, dititahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
firmankata-kata atau perintah Allah. berfirman bersabda; bertitah. difirmankan disabdakan (Allah); diperintahkan (Allah).Kamus Pelajar
wahyufirman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya: Nabi Muhammad SAW menerima ~ utk mengembangkan agama Islam; mewahyukan menurunkan wahyu kpd, menyampaikan petunjuk (pengajaran dll) dgn wahyu: wahyu disampaikan kpd Nabi oleh Jibril, dan segala apa yg diwahyukan kepadanya itu disampaikannya pula kpd sahabatsahabatnya; pewahyuan proses menyampaikan wahyu: ~ dan penyebaran al-Quran.Kamus Dewan Edisi Keempat
kun fayakun(firman Allah yg bererti) jadi, maka jadilah (seisi alam);Kamus Dewan Edisi Keempat
suruh Iperintah (firman, titah) supaya me­lakukan sesuatu, lwn larangan: hendaklah kita selalu mengerjakan ~ dan meninggalkan tegah Allah; bersuruh-suruhan sl utus-mengutus, berki­rim-kiriman (utusan, wakil, dll); menyuruh 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (di­lakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya me­lanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; menyuruh-nyuruh menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr mana datangnya; menyuruhkan 1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan: ada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh; 2. sl mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus: sultan pun ~ utusan kpd segala raja yg di bawah angin ini; tersuruh sudah disuruh; ~ pd orang yg akan pergi, terimbau (terpanggil) pd orang yg akan datang prb menyuruh seseorang me­ngerjakan sesuatu yg sangat diingininya; suruhan 1. sesuatu yg disuruh, perintah: orang yg rajin mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga; 2. = pesuruh orang yg disuruh; budak ~ = orang ~ orang yg disuruh­suruh, pembantu rumah, dll; 3. = penyuruh sl perihal menyuruh, perbuatan menyuruh: adapun kami ke mari dgn ~ keramat wali Allah; suruh-suruhan hamba yg disuruh-suruh; penyuruhan sl orang yg disuruh: maka ~ Pangeran Depati itu pun datanglah menyam­but Gusti itu; pesuruh orang yg disuruh: wakil seorang ~ telah diutus utk memanggil Pak Amat; ~ Allah Rasulullah, utusan Allah; penyuruh 1. orang yg menyuruh; 2. sl perbuatan menyuruh.Kamus Dewan Edisi Keempat
memuliakan1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam; 2. menjunjung tinggi, meng­hormati; ~ janji menepati janji;Kamus Dewan Edisi Keempat
kunAr jadi; ~ fayakun (firman Allah yg bererti) jadi, maka jadilah (seisi alam); dikunkan ditakdirkan jadi (oleh Allah), sudah ditentukan lebih dahulu (oleh Allah).Kamus Dewan Edisi Keempat
berdalilkanmempunyai sesuatu sbg dalil (bukti): Emas dan perak ini diwajibkan zakat ~ firman Allah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berdalilkanmempunyai sesuatu sbg dalil (bukti): Emas dan perak ini diwajibkan zakat ~ firman Allah.Kamus Pelajar
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata firman