Pantun |
Sumber |
Tema |
Apabila bermalam di rumah orang, Jangan dianggap rumah sendiri; Apabila meminjam hak milik orang, Jangan dianggap hak milik sendiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buat budak tengah rumah, Tepung gomak tengah perahu; Tuan main satu rumah, Orang di luar habis tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Biarpun lading di tanah seberang, Elok berakit untuk kenduri; Biarpun senang di rumah orang, Elok bersakit di pondok sendiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengapa memakai selendang hijau, Kerana yang merah sedang dicuci; Mengapa sampai abang merantau, Kerana di rumah orang membenci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak itikbawah rumah, Main budak cepat berlari; Oi, encik orang di rumah, Terima tidak kami ke sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bentang tikar tengah rumah, Hendak tabur biji lada; Tabik encik orang di rumah, Saya main kurang bahasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak itik bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oh encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Masa kecil ditimang ibu, Sudah besar ditimang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sejak orang memagar rumah, Tenanglah ayam tidur di reban; Sejak kupandang mawar merah, Siang malam tak tentu makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 499 When in Rome, do as the Romans do Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do! Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|