Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Ular lidi turun bertapa, Turun bertapa di pokok buluh; Fasal jadi tidak mengapa, Syukur rahsia dipegang teguh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke teluk turun mandi, Turun mandi Kuala Kelantan; Racun bisa makan tak mati, Inikan pula mabuk santan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Turun tangga naik tangga, Jangan lekas berputus asa; Pengorbanan penulis harus dibangga, Jasanya mulia memertabatkan bangsa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Turun-temurun disebut orang, Dari dahulu hinggalah kini; Hidup rukun hingga sekarang, Intinya malu dan tahu diri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Turun ke sawah memikul bajak, Hendak menyemai bunting padi; Sudah terpijak bumi Allah, Di situ tempat berakhir janji.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Turun hujan rintik-rintik, Tumbuh cendawan gelang kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam baharu jadi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Turun mandi Kuala Kemaman, Rama-rama di punca kain; Sudahlah tiada janji berteman, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Turun batang naik batang, Dapat seekor landak betina; Suruh datang saya datang, Sudah datang bena tak bena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ketika jerebu melanda Negara, Hari siang bagaikan petang; Kupohon hujan turun sementara, Hujan turun ributpun datang.Pantun Melayu SarawakUmum
Serindit turun bersarang di lembah, Sang Pendeta dalam hikayat; Seribu tahun tidak berubah, Sanggupkah menderita sepanjang hayat?Pantun Melayu SarawakBerkait
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Puisi
 

Pergi ke teluk turun mandi,
     Turun mandi Kuala Kelantan;
Racun bisa makan tak mati,
     Inikan pula mabuk santan.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
623

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Seukur berbaur, bertopeng bercerai.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa seukur berbaur, bertopeng bercerai. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun.Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...