Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Soalan: 1. fluctuation: turun naik atau naik turun? 2. perluasan liputan atau peluasan liputan? Sekian terima kasih.1. turun naik
2. Peluasan bermaksud perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas, manakala perluasan ialah hasil daripada perbuatan memperluas.
Ejaan28.01.2015
Saya ingin mengetahui penggunaan perkataan 'trend': i. Adakah 'trend turun naik' digunakan untuk semua jenis arah aliran? Contohnya; Tahun 2008 50% Tahun 2009 80% Tahun 2010 65% Ayat: Prestasi murid dalam peperiksaan menunjukkan trend turun naik. (Adakah ayat ini betul?) 2. Bolehkah saya menggunakan 'trend naik turun' untuk menggambarkan peratus pencapaian murid yang meningkat pada tahun 2009 jika dibandingkan dengan tahun 2008 dan menurun pada tahun berikutnya?Perkataan trend bermaksud arah aliran, yang menunjukkan perkembangan atau pergerakan dan tidak semestinya berlaku turun naik. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku turun naik dalam sesuatu trend itu, maka boleh digunakan trend turun naik.Istilah15.06.2012
Tuan, antara ayat berikut yang mana betul? (1) semua pelajar turun daripada bas (2) semua pelajar turun dari basAyat yang betul ialah 2. semua pelajar turun dari basTatabahasa18.05.2012
1. Sampai mana harga saham ini akan turun? 2. Sampai tahap apa harga saham ini akan turun? Yang manakah ayat yang gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Sampai mana harga saham ini akan turun?".Tatabahasa15.08.2013
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana.Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'."Ejaan20.09.2011
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan antara "naik turun" dan "berubah-ubah" bagi terjemahan perkataan "fluctuation"? Sila terangkan contoh penggunaan yang betul bagi perkataan-perkataan ini. Terima kasih.Frasa "turun naik" dan "berubah-ubah" hanya kelaziman berbahasa sahaja, tiada apa salahnya. Kita boleh menggunakan kedua-dua frasa ini silih berganti mengikut konteks penggunaan dan ayat. Misalnya, 1. "Krisis ekonomi kini menyebabkan harga barang turun naik". Frasa "berubah-ubah" juga boleh digunakan dalam ayat 1. Ayat 2. Abu segan hendak turun naik tangga mahkamah itu. Contoh 2 menunjukkan frasa "berubah-ubah" tidak sesuai digunakan. Ayat 3. Hati Ahmat tidak berubah-ubah mengenai perasaan kepada Aminah. Frasa "naik turun" pula tidak sesuai menggantikan ayat 3 ini.  Terima kasih.Tatabahasa09.02.2015
Saya memuat turun teks laporan ini daripada Malaysian Law Journal, adakah penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu yang digunakan adalah betul, dan jika tidak, apakah kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam teks laporan ini? disini saya sertakan teks laporan tersebut.Merujuk perenggan awal teks yang dilampirkan, beberapa kesalahan dapat dikesan termasuklah dari aspek ejaan, tanda baca, istilah, penggunaan kata sendi nama, pemilihan kata dan binaan ayat yang tidak gramatis. Contoh kesalahan yang ditemukan ialah samada, di lakukan, mel-elektronik, dari risiko, mewujudkan kasih sayang di antara suami isteri, mengukir sejarah dan lain-lain.Tatabahasa07.04.2013
ap maksud turun padangBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud turun padang ialah  pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb.Istilah31.08.2009
Salam, Apakah ceraian ayat yang betul bagi ayat majmuk ini? Kemalangan itu berlaku pada petang semalam ketika hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. Adakah...? 1. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. 2. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti pada petang semalam. Bolehkah tuan/puan berikan alasannya? Terima kasih.Contoh yang diberikan ialah ayat majmuk keterangan yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil (atau lebih) yang tidak dapat berdiri sendiri. Kemalangan itu berlaku pada petang semalam (ayat induk) + ketika (kata hubung) hujan lebat turun dengan tidak henti-henti (ayat kecil).  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514.Tatabahasa25.04.2014
Maaf, saya masih keliru dengan tanda baca bagi ayat berikut: Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.' '' Ada yang kata, ada empat penutup kata pada hujung ayat kerana ada dua dialog dalam dialog, dan satu dialog biasa. Tanda bacanya akan jadi begini: Bagaimana menulis tanda baca dialog dalam dialog yang ada dialog juga. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu.'' '' Mohon pencerahan pihak tuan/puan yang bijaksana.Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik. Contoh: Ibn Abbas berkata, "Ketika turun ayat itu, nabi memanggil Ali dan Muaz. Katanya, 'Sesungguhnya telah turun ayat ini kepadaku, 'Wahai Nabi, Allah mengutusmu sebagai saksi kepada umatmu'."Ejaan20.09.2011
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Puisi
 

Pergi ke teluk turun mandi,
     Turun mandi Kuala Kelantan;
Racun bisa makan tak mati,
     Inikan pula mabuk santan.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
623

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Seukur berbaur, bertopeng bercerai.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa seukur berbaur, bertopeng bercerai. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun.Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...