Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Majalah ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kecil-kecil tuanya lidi, Hendak berkayuh pasir seberang; Kecil-kecil pandai berbudi, Hendak sekupang tiada di tangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai ke hutan seberang; Kecillah kecil hendak berlaki, Apa belanja sekulit kerang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kecil-kecil kacang kelisa, Pandai melilit di pagar orang; Tengok kecil mulutnya bisa, Pandai menyakit hati orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kebun kecil pokok berjenis, Pagar dengan buluh berdaun; Kecil-kecil kayu tempinis, Terasnya tahan berpuluh tahun.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Kecil-kecil ditimang ibu, Sudah besar menimang abang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kecil-kecil buah cemponek, Kasi makan anak Cik Batak; Sudah berpesan datuk nenek, Ayam garang kepala botak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal kolek si kapal kecil, Kapal datang dari Siam; Adik kecil abang pun kecil, Kita tunggu tahun depan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...