Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah perbezaan makna perkataan cincang dan cencang?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cencang bermaksud tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Cincang juga mempunyai maksud yang sama dengan cencang, iaitu  tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Maksud cincang yang lain ialah 1. sj tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus.Makna03.04.2012
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai ayat berikut. Yang manakah betul. 1. Pak Seman berternak secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan keluarganya. 2. Pak Seman menternak secara kecil-kecil untuk menyara kehidupan keluarganya.Perkataan berternak dan menternak, kedua-duanya betul, namun perlu diikuti objek bagi melengkapkan ayat tersebut, seperti "Pak Seman berternak/menternak ayam kampong secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan keluarganya".Tatabahasa20.01.2014
1. Minah memasukkan se_________ kuih talam ke dalam mulutnya untuk mencuba rasa. Jawapan : (potong atau cubit) 2. memotong bawang secara kecil-kecil, apakah kata kerja yang paling sesuai ? (menghiris atau mencincang atau memotong)Jawapan soalan 1 ialah secubit manakala soalan 2 ialah menghiris.Tatabahasa23.10.2015
peribahasa air dicincang/dicencang tidak akan putus? kata dicincang betul ataupun dicencang?Air dicencang tiada putus. Perkataan "cencang" bermaksud metetak kecil-kecil atau halus. Rujuk Kamus Dewan.Ejaan19.02.2014
Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. Berdasarkan soalan...kalau saya letakkan perkataan "remuk", adakah ia sesuai bagi ayat tersebut?Sekian,terima kasih.Remuk bermaksud hancur menjadi kecil-kecil atau hancur berkecai lazimnya digunakan bagi barang barangan kecil dan sederhana seperti gelas dan kereta. Perkataan remuk tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa22.03.2012
Salam, Apakah perbezaan dahan dengan ranting pokok? Terima kasih.Dahan ialah bahagian yang tumbuh dari batang pokok, manakala ranting ialah bahagian cabang yang kecil-kecil.Makna14.04.2016
Apakah perbezaan nuansa pada kata dahan, ranting dan tangkai mengikut penggunaan lazim penutur?Dahan bermaksud bahagian yang tumbuh dari batang pokok. Ranting pula merujuk bahagian cabang yang kecil-kecil di hujung dahan manakala tangkai ialah bahagian tempat melekatnya buah, bunga dan lain-lain.Makna12.12.2018
mana lebih tepat jika soalanya gambar orang potong sayur guna tangan pilihan yg diberi a. merincih b. menyiang
Menurut Kamus Dewan perkataan "merincih" ialah memotong atau mengerat kecil-kecil dan meracik manakala "menyiang" ialah membersihkan ikan (daging, sayur) sebelum dimasak. Kedua-dua jawapan yang diberikan betul tetapi "merincih" lebih sesuai untuk ayat tersebut.  
Tatabahasa07.09.2015
Apa terjemahan bahasa Inggeris bagi istilah kata nama khas 'Daerah Kecil' seperti yang digunakan bagi istilah Daerah-Daerah Kecil di Sarawak (seperti Daerah Kecil Sundar, Daerah Kecil Padawan, dll)? Saya tidak menemui sebarang pentakrifan di Carian Kata.Terjemahan bahasa Inggeris bagi perkataan Daerah Kecil ialah Subdistrict.Istilah05.02.2019
soalan 1)apakah beza merincih ,mericih dan meraut 2)Apakah beza tepi dengan celah 3)Apakah beza penjuru dengan sudutPerbezaan kata kerja tersebut boleh dilihat daripada makna yang berikut. Merincih bermaksud menghiris (memotong, mengerat, dan sebagainya) kecil-kecil, atau disebut juga menyayat, atau meracik. Dan ricih sama makna dengan rincih. Meraut bermaksud meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dan sebagainya) dengan pisau.Makna03.07.2012
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.



Lihat selanjutnya...