Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KETURUNAN | Keturunan ialah penurunan ciri-ciri biologi daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Proses keturunan berlaku dalam kalangan semua benda hidup haiwan, tumbuhan, malah organisma mikroskopik seperti bakteria. Keturunan menjelaskan mengapa setiap ibu manusia melahirkan bayi manusia dan mengapa setiap ibu anjing melahirkan anak anjing dan bukan anak kucing. Ia juga menyebabkan anak kelihatan seperti ibu bapanya. | UMUM | |
SISTEM KETURUNAN NASAB IBU | SISTEM KETURUNAN NASAB IBU, sistem persanakan yang mengenal pasti keturunannya hingga ke satu moyang tertentu daripada sebelah pihak ibu atau pihak perempuan. Anggota bagi satu-satu kelompok keturunan nasab ibu, sama ada kelompok suku atau zuriat, mengakui mempunyai hubungan keturunan antara satu sama lain yang disusurgalurkan hingga ke satu moyang yang sama dari sebelah pihak ibu. Mereka juga memakai nama suku yang sama sebagai satu mekanisme untuk mengenal pasti yang mereka itu daripada keturunan yang sama. Di Malaysia, sistem persanakan nasab ini diamalkan oleh masyarakat Melayu adat perpatih di Negeri Sembilan dan di Naning, Melaka. | BUDAYA | Konsep |
PLANTAGENET | Plantagenet ialah nama keluarga keturunan raja- Raja yang memerintah England dari tahun 1154 hingga 1399. Raja-raja tersebut adalah keturunan Matilda, puteri Raja Henry I yang berkahwin dengan Geoffrey, bangsawan dari Anjou, Perancis. Geoffrey dikenali sebagai Plantagenet kerana baginda memakai setangkai broom, iaitu sejenis tumbuhan dengan bunga berwarna kuning atau putih pada topinya. Ramai ahli sejarah menggelarkan raja-raja ini sebagai Angevins yang bermaksud dari Anjou . | UMUM | |
AUSTRALOID | Australoid ialah ahli kumpulan suku kaum Orang Asli Australia. Ahli kaji bumi menggolongkan Australoid di luar keturunan Mongoloid dan Negroid. Tetapi mereka berselisih pendapat sama ada untuk mengkategorikan mereka sebagai generasi keempat atau sama keturunan dengan puak Caucasoid. Kebanyakan Australoid mempunyai kulit sawo matang, rambut ikal, rahang yang besar, berbibir tebal, dan berhidung besar serta pesek. | UMUM | |
YAHUDI | Yahudi ialah agama Nabi Musa a.s. yang dianuti oleh bangsa Israel, berasal daripada keturunan Ibrani. Bangsa Yahudi di seluruh dunia yang dikaitkan dengan agama ini berjumlah lebih kurang 18 juta orang yang berasal daripada keturunan suku yang berlainan. | UMUM | |
NABI YAHYA A.S. | Nabi Yahya a.s. ialah salah seorang nabi utusan Allah dan juga anak Nabi Zakaria a.s. Baginda daripada keturunan Nabi Allah Sulayman a.s., anak Nabi Allah Daud a.s. Keturunan ini berasal daripada puak Yahuza ibn Yakub iaitu salah satu puak daripada kalangan Bani Israel. Nabi Yahya a.s. lahir tiga bulan lebih awal sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Nabi Yahya a.s. turut menemani Nabi Isa a.s. dalam mengembangkan dakwah. | UMUM | |
MESTIZO | Mestizo ialah perkataan Sepanyol yang berasal daripada perkataan Latin mixtus yang bererti bercampur. Perkataan ini merujuk kepada seseorang yang berketurunan campur. Seorang mestizo mungkin mempunyai keturunan campuran orang kulit putih dengan orang kulit hitam atau keturunan orang Melayu. Perkataan ini lebih kerap digunakan kepada keturunan campuran orang kulit putih dengan kaum Asli Amerika, terutamanya di Amerika Latin. Lihat juga Amerika Latin (penduduk; gambar). | UMUM | |
ALEL | Alel lihat Keturunan. | UMUM | |
MUTASI | Mutasi ialah perubahan bahan keturunan dalam sel sesuatu organisma. Dengan mengubah bahan ini, mutasi mengubah ciri-ciri tertentu. Sesetengah mutasi menghasilkan perubahan yang ketara. Misalnya, jenis anggur yang dinamakan Concord adalah hasil daripada mutasi. Mutasi ini menyebabkan pokok anggur liar menghasilkan anggur yang lebih besar dan lebih manis daripada sebelumnya. Mutasi boleh diturunkan kepada generasi akan datang. | UMUM | |
MAJUSI | Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi dari Media, kerajaan purba yang terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran. Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil Magus. Majusi dikenali sebagai pengamal magis, pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian serta mempersembahkan korban astrologi. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| turun (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar, Berantonim dengan naik
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,
4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam, Berantonim dengan naik
6. Dalam konteks warna bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,
| Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan, |
|
|