PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanopore | | | Liang kecil bersaiz satu molekul kecil pada bahan pepejal, nanozarah atau membran. Contohnya, alur protein dalam dwilapisan lipid atau liang dalam membran bahan pepejal. Liang daripada bahan pepejal diperbuat daripada membran sebatian silikon biasanya silikon nitrat. Antara teknik pembuatannya termasuklah menggunakan alur elektron dan alur ion. Nanoliang ini dapat digunakan sebagai pengesan molekul tunggal, contohnya dalam analisis interaksi protein DNA. |
soft magnetic material | | | Bahan yang mempunyai daya paksa kecil dan ketakisotropi kecil. Bahan ini mudah dimagnetkan dan dinyahmagnetkan. Bahan magnet lembut digunakan dalam meter gegelung bergerak untuk mengukur arus elektrik. Contohnya, besi. |
small-angle scattering | | | Kaedah serakan berdasarkan pesongan sinaran terkolimasi daripada trajektori lurus selepas tindak balas dengan struktur yang lebih besar daripada sinaran panjang gelombang. Pesongan yang terjadi adalah kecil (0.1 10) dan dinamakan sebagai sudut kecil. Teknik ini memberi maklumat tentang saiz, bentuk dan orentasi struktur sampel. |
small-angle neutron scattering (SANS) | | | Kaedah yang menggunakan neutron anjal, tersebar pada sudut sebaran kecil untuk mengkaji struktur pelbagai bahan pada skala mikroskopik di antara 1 100 nm. |
Frenkel exciton | | | Pasangan elektron lohong (eksiton) yang terdapat dalam bahan yang pemalar dielektriknya kecil sehingga menyebabkan daya tarikan Coulomb antara elektron dengan lohong menjadi sangat tinggi. Daya tarikan ini menyebabkan eksiton menjadi lebih kecil sehingga menyamai saiz satu unit sel hablur. Oleh itu, eksiton ini dapat berada dalam sel hablur yang sama. |
size effect | | | Kesan yang berada pada sifat fizik seperti sifat optik dan elektrik suatu bahan apabila saiznya berubah kepada dimensi yang amat kecil dalam julat puluhan atau ratusan nanometer. Contoh bahan bersaiz amat kecil ini ialah nanozarah, bintik kuantum dan nanodawai. Sifat optik dan elektrik bahan tersebut bergantung pada saiz dan mungkin berbeza daripada sifatnya yang berada dalam keadaan pukal. Sifat bahan bersaiz nanometer dipengaruhi hukum mekanik kuantum. |
small peptide | | | Sebatian kimia yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih asid amino, tetapi tidak melebihi 10 asid amino melalui ikatan kovalen dengan mengikat kumpulan karboksil daripada salah satu asid amino dengan kumpulan amino daripada sebatian asid amino bersebelahannya. Sebatian ini terdapat secara tabii dalam tisu biologi atau dapat juga dihasilkan secara sintetik. Manakala, protein yang mengandungi 50 - 100 asid amino ialah peptida besar. Sinonim ligopeptida. |
vesicle | | | Gelembung kecil bahan surfaktan dalam saiz nanometer, dan mempunyai dua lapisan permukaan yang terbentuk dalam air hasil susunan molekul bahan tersebut yang bersifat amfifilik. Vesikel terdapat dalam sel biologi dan berfungsi menyimpan atau memindahkan bahan-bahan dalam sel. Vesikel buatan digunakan untuk menghantar drug (ubat) ke organ tertentu dan menyimpan enzim. |
lygopeptide | | | Lihat peptida kecil. |
seed crystal | | | Cebisan kecil bahan hablur tunggal yang digunakan untuk menumbuhkan hablur bahan yang sama. Hablur besar dapat ditumbuhkan dengan merendam cebisan ini dalam suatu larutan lebur supertepu yang kemudiannya disejukkan secara perlahan. Hablur ini juga dapat dihasilkan secara melalukan wap bahan yang hendak ditumbuhkan ke atas permukaan benih tersebut. Contohnya, hablur benih digunakan untuk menumbuhkan jongkong hablur tunggal silikon dalam industri semikonduktor yang menggunakan kaedah seperti proses Czochralski atau teknik Bridgeman. |
|
Tesaurus |
---|
| kecil (adjektif) | 1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping, Berantonim dengan besar
2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar, Berantonim dengan luas
3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung, Berantonim dengan dewasa
4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal, Berantonim dengan banyak
5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak, Berantonim dengan penting
6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah, Berantonim dengan besar
| Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan, |
|
Puisi |
---|
|
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang.
Lihat selanjutnya... |
|