PeribahasaTurun ijuk turun pepatil.TakrifBarang yang dibeli hendaklah dibayar. pepatih (patil) = rimbas (beliung) kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNaik seperti semut, turun seperti ribut.TakrifHendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjanjang naik, bertangga turun.TakrifMenurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan turun ke ribaannya.TakrifBeruntung besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulan jatuh di ribaannya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSama turun dengan malim.TakrifPerempuan yang baru saja kahwin, sudah diceraikan oleh suaminya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNaik melompat, turun terjun.TakrifHendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNaik di janjang, turun di tangga.TakrifMembuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik dari janjang, turun dari tangga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertangga naik, berjanjang turun.TakrifMenurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNaik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi.TakrifHendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik melompat, turun terjun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertanjak baru bertinjau.TakrifMenurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| turun (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar, Berantonim dengan naik
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,
4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam, Berantonim dengan naik
6. Dalam konteks warna bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,
| Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan, |
|
Puisi |
---|
|
Pergi ke teluk turun mandi, Turun mandi Kuala Kelantan; Racun bisa makan tak mati, Inikan pula mabuk santan.
Lihat selanjutnya... |
|