Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Makna perkataan "keturunan" adakah mengikut pada keturunan bapa atau ibu atau kedua2nya sekali atau boleh dianggap salah satu dari keturunan ibu atau bapa | Puan Normala, Jika puan melihat makna keturunan dalam Kamus Dewan ialah benih, baka, anak atau anak cucu; meninggalkan (menurunkan) ~ mempunyai atau menghasilkan keturunan, mempunyai anak (anak cucu), meninggalkan baka; sezuriat sama zuriat. Manakala bidang antropologi pula kata "patrilineal descent " membawa maksud keturunan nasab-bapa/ keturunan patrilineal. Oleh itu, keturunan sebelah bapa atau ibu boleh digunakan kedua-duanya berdasarkan tafsiran literal seperti di atas. | Istilah | 03.03.2009 |
apa pengertian baka, gen, jenitik, dan keturunan | Baka ialah keluarga (yang menurunkan), atau asal keturunan. Gen ialah sebahagian daripada juzuk sel pada benda hidup, yang mengawal ciri fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan benda hidup yang berkenaan. Genetik (bukan jenitik) bermaksud;1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut daripada satu generasi kepada generasi lain melalui gen; 2. berkenaan pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu. Keturunan bermaksud anak cucu, baka, zuriat. | Makna | 22.07.2009 |
maksud salasilah & keluarga | Salasilah keluarga bermaksud daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan). | Makna | 24.03.2010 |
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut | Untuk makluman sdr, nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza. Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti. | Istilah | 28.06.2009 |
Salam sejahtera, Apakah panggilan kehormat bagi 'Gelaran Keturunan' untuk 'Tengku'? Bolehkah digunakan hanya 'Encik' sahaja memandangkan orang yang saya maksudkan ini merupakan orang kebanyakan juga? Atau MESTI menggunakan 'Yang Mulia'? Contohnya: Encik Tengku Aswadi Bin Raja Daud. Sekian, terima kasih. | Panggilan/sapaan yang betul untuk gelaran keturunan ialah Yang Mulia. | Tatabahasa | 24.07.2010 |
Salam. Saya ingin tahu apa perbezaan antara salasiah dan salasilah. Dan diharap pihak tuan dapat mengejakan perkataan salasiah sekiranya ada dalam bahasa jawi. | salasilah Ar daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan); salasiah () dalam bahasa Arab bermaksud: kelembutan, senang. | Makna | 05.11.2009 |
makna perkataan konstruk berkaitan novel rentong.dan boleh bagi contohnya tak.satu lagi makna susur galur nak tahu makna dan contoh penggunaannya | Konstruk ialah kumpulan idea atau gagasan idea yang terdapat dalam sesebuah novel. Saudara perlu merujuk novel berkenaan atau mendapatkan buku ulasan mengenai novel tersebut. Susur galur bermaksud susunan keturunan atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa itu. | Sastera | 27.04.2012 |
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah untuk negeri Johor sahaja. saya sedang membuat kajian mengenai salasilah keluarga di Johor dan saya perlu tau nama panggilan tersebut. terima kasih. | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk melengkapkan kajian puan sila rujuk buku yang berkaitan dengan sosiobudaya. | Lain-lain | 12.11.2012 |
saya keliru bagi penggunaan gelaran untuk keturunan Nik, adakah perlu menggunakan Yang Mulia atau tidak? | Jika Nik yang dimaksudkan daripada kalangan rakyat biasa, gelarannya ialah tuan/puan, sebaliknya jika Nik tersebut daripada kalangan kerabat diraja, gelarannya ialah Yang Mulia. | Tatabahasa | 01.06.2011 |
Apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk menandakan susunan keturunan (tiris) dalam TERSILAH keluarga yang bermula dengan MOYANG, Datuk, Anak, cucu, cicit ...........? | Istilah yang sesuai ialah salasilah. | Istilah | 03.01.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| turun (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar, Berantonim dengan naik
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,
4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam, Berantonim dengan naik
6. Dalam konteks warna bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,
| Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan, |
|
|