Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah perbezaan makna perkataan cincang dan cencang? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cencang bermaksud tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Cincang juga mempunyai maksud yang sama dengan cencang, iaitu tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Maksud cincang yang lain ialah 1. sj tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus. | Makna | 03.04.2012 |
Apa dia BATU KERIKIL? dan apa pula BATU KERIKIR? | Yang betul ialah batu kerikil bermaksud batu kecil-kecil yang digunakan dalam membuat jalan, bangunan dan lain-lain. Batu kerikir tiada dalam istilah | Makna | 07.12.2006 |
bila berikan saya makna menuntun, serba salah, berkecai, | Menuntun ialah menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, memimpin atau menghela (basikal, kerbau,dll), mengheret. Serba salah ialah salah dalam segala hal atau keadaan yang tidak menentu aaaaaatau sukar membuat keputusan. Berkecai ialah pecah kecil-kecil, hancur, remuk, bersepai atau koyak menjadi kepingan yang kecil-kecil. | Makna | 27.02.2008 |
Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. Berdasarkan soalan...kalau saya letakkan perkataan "remuk", adakah ia sesuai bagi ayat tersebut?Sekian,terima kasih. | Remuk bermaksud hancur menjadi kecil-kecil atau hancur berkecai lazimnya digunakan bagi barang barangan kecil dan sederhana seperti gelas dan kereta. Perkataan remuk tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
apa perbezaan makna perkataan: 1) catit, catat 2) cencang, cincang 3) adalah, ialah | 1.catit sama makna dengan catat yang membawa maksud menulis atau merakamkan sesuatu. 2.cincang = sejenis tumbuhan, cungkil 3.cencang = tetak kecil-kecil atau halus dengan parang. 4.kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama manakala adalah hadir di hadapan frasa adjektif. | Tatabahasa | 31.07.2007 |
soalan 1)apakah beza merincih ,mericih dan meraut 2)Apakah beza tepi dengan celah 3)Apakah beza penjuru dengan sudut | Perbezaan kata kerja tersebut boleh dilihat daripada makna yang berikut. Merincih bermaksud menghiris (memotong, mengerat, dan sebagainya) kecil-kecil, atau disebut juga menyayat, atau meracik. Dan ricih sama makna dengan rincih. Meraut bermaksud meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dan sebagainya) dengan pisau. | Makna | 03.07.2012 |
assalamualikum saya ingin mengetahu maksud permainan ceki? harap boleh diberi satu perkataan yang jelas. tak ada pun dalam tsesaurus dbp ni. perkataan inn (hotel) boleh diklasifikasikan sebagai perkataan bahasa melayu kah? terima kasih | Permainan ceki bermaksud sejenis permainan judi dgn menggunakan daun (kad kecil-kecil), manakala perkataan "inn" dalam bahasa Melayu bermaksud rumah penginapan, inapan pinggir atau rumah inapan atau inapan sahaja. | Makna | 24.07.2007 |
terjemahan mana yang betul bagi "minor building works" kerja bangunan kecil atau kerja kecil bangunan | Untuk makluman, istilah "minor building works" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kerja kecil bangunan. | Istilah | 05.08.2013 |
Penggunaan istilah Perusahaan Kecil dan Sederhana atau Industri Kecil dan Sederhana.Istilah betul bagi terjemahan kepada 'SME' | Istilah yang digunakan selama ini ialah industri kecil dan sederhana.Walau bagaimanapun, baru-baru ini kami dimakluman bahawa sekarang ada dua istilah yang berbeza, iaitu small medium industry (SMI) dan small medium enterprise (SME). Oleh itu, kami mencadangkan industri kecil dan sederhana digunakan untuk small medium industry (SMI) dan perusahaan kecil dan sederhana digunakan untuk small medium enterprise (SME). | Istilah | 06.04.2011 |
Apakah definisi dan konsep duta kecil? | Duta kecil ialah kanak-kanak yg dihantar ke luar negeri sbg "duta" (utk menggalakkan pelancongan, pertukaran pelajar, belia dsb); wakil negara yg pergi ke negara-negara lain utk menguruskan sesuatu hal. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| kecil (adjektif) | 1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping, Berantonim dengan besar
2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar, Berantonim dengan luas
3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung, Berantonim dengan dewasa
4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal, Berantonim dengan banyak
5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak, Berantonim dengan penting
6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah, Berantonim dengan besar
| Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan, |
|
Puisi |
---|
|
Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang.
Lihat selanjutnya... |
|