Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Majalah ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
NORODOM SIHANOUK

Norodom Sihanouk (1922 ) ialah raja

Kemboja. Baginda mula-mula menjadi raja pada

tahun 1941, tetapi turun takhta pada tahun 1955

untuk memasuki politik. Sihanouk mengambil

semula gelaran raja pada tahun 1993, berikutan

kepulangannya dari pembuangan negara di China.

Di bawah syarat Perlembagaan 1993 Kemboja, raja

berfungsi sebagai simbol perpaduan dan

kesinambungan negara. Baginda hampir tidak

berpengaruh dalam hal ehwal harian negara, tetapi

mendapat sokongan majoriti rakyat Kemboja.

UMUM
EDWARD VIII

Edward VIII (18941972), menjadi raja United

Kingdom (UK) pada 20 Januari, 1936, dan turun

takhta pada 11 Disember pada tahun yang sama.

UMUM
SALIM II

Salim II (930982 H./15231574M.), sultan ke-11

dalam kerajaan Uthmaniyyah atau putera Sultan

Sulayman I. Baginda lahir di Istanbul dan

mewarisi takhta pemerintahan daripada

ayahandanya pada tahun 974 H./1566 M. Selepas

kemangkatan Sultan Sulayman I, kerajaan ini tetap

mengamalkan polisi peluasan negara

sebagaimana tradisi kerajaan Uthmaniyyah sejak

dahulu. Akan tetapi secara beransur-ansur

kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman

kelemahan sejak diperintah oleh sultan ini.

Baginda merupakan antara sultan yang tidak

pernah turun ke medan perang. Walau

bagaimanapun, kerajaannya mengalami banyak

peristiwa penting; antaranya penaklukan pulau

Cyprus dari tangan orang Bonodochia.

Kemenangan tersebut disebabkan adanya

beberapa tokoh terkemuka semenjak zaman

ayahandanya seperti Muhammad Suqlili, Mufti

Besar Abu Saud dan Nasyanji Muhammad Dibyali

al-Qibtan Pasha. Pada zamannya juga, Yaman

dapat diambil semula selepas pemberontakan

yang dicetuskan oleh puak Syiah al-Zaydiyyah.

UMUM
PUTERI JAMILANPUTERI JAMILAN,  gelaran yang dipusakai turun-temurun dan dipegang oleh bonda permaisuri Pagarruyung dan Suruasso di Minangkabau, Sumatera, Indonesia.  Melalui gelaran Puteri Jamilan inilah kedua-dua takhta kerajaan ini disahkan.  Gelaran Puteri Jamilan diwariskan daripada emak kepada anak perempuan yang sulung.    Berdasarkan sumber dari Eropah pada abad ke-17 dan ke-18, gelaran Puteri Jamilan menyamai gelaran Bundo Kanduang (bonda kandung) dalam cerita Minangkabau yang terkenal iaitu Kaba Cindo Mato.  Kedua-duanya adalah bonda kepada raja Pararruyung dan status mereka adalah lebih tinggi daripada anak lelaki mereka.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
1
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,