Kata |
Takrif |
Sumber |
terang-terang laras | tidak berapa terang, samar-samar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terang-terang laras | agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laras IV | ; terang-terang ~ tidak berapa terang, samar-samar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terang | 1. keadaan (cahaya atau sinar) yg menyebabkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~ matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, keadaan sekitar, cahaya, dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3. siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur (pelihatan, pandangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebenarannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~ sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (kata-katanya, maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat; ~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-benderang terang sekali; ~ bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn = bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.306.00 pagi); ~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.006.30 pagi); ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dll); terang-terang tidak berselindung (terlindung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; ~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar; terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya; berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ; menerang menjadi terang; menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll), menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala manusia; 3. membersihkan kawasan (drpd semak samun dll), menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan (bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~ perkara itu sahaja; menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia berubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. menjadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: peraturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menunjukkan (menanda-kan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg menerangkan kata yg lain; penerangan 1. alat dll yg digunakan utk menerangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memperkatakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir dianggap tenaga ahli yg masih sangat diperlukan dlm bidang ~; penerang sesuatu yg menerangi (menerangkan); ~ hati jampi dll yg menerangi hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kamus Sains.indb aviation weather forecast. (METEO) air-balanced beam-pumping unit airways forecast Kamus Sains.indb 32 7/8/08 11:45:55 AM 33 Airy disk (cakera Airy) Bahagian tengah yang terang dan berbentuk cakera pada corak belauan bagi suatu sumber titik. (FIZ) akaryocyte (akariosit) Sel yang tidak mempunyai nukleus seperti eritrosit. (BIO, UBAT) ala (ala) Simbol untuk alanina. (BIO) alae cordis antheridiol anthracemia Kamus Sains.indb 75 7/8/08 11:46:02 AM 76 anthracite (antrasit) Jenis arang batu kualiti paling tinggi. Jisimnya berwarna hitam, berkilat atau mempunyai kilauan yang terang, keras, memperlihatkan bentuk pecahan je- nis lelokan dan mempunyai kandungan karbon lebih kurang 93%. Kandungan bahan meruapnya berkisar dari 6% hingga 9%. Nisbah karbon-hidrogennya bersamaan atau melebihi 24. Arang
|
Kamus Thai 2.indb tan- duk, lingkok กระจับ 2 [kracap] น (เครื ่ องใช ้ ) caping กระจับปี่ [kracappi:] น kecapi กระจ ่ า [kraca:] น senduk tempurung กระจ ่ าง [kraca:] ว 1 terang: คืนนี้ แสงจ ั นทร ์ กระจ ่ าง Malam ini cahaya bu- lan sangat terang. 2 jelas: คำตอบของเขา กระจ ่ างมาก Jawapannya sangat jelas. กระจาด [kraca:t] น bakul, raga กระจาบ [kraca:p] น burung tempua กระจาย [kraca:y] ก 1 menyebarkan: ร ั ฐบาลกระจายข
|
Kamus Thai 2.indb น tandatangan ลาวา [la:wa:] น lahar, lava ลำ [lam] ลน 1(ไผ ่ อ ้ อย) batang 2 (เรือ เครื ่ องบิน) buah ลำกล ้ อง [- kl:] น laras senapang ลำคอ [- k:] น kerongkong ลำธาร [-ta:n] น alur air = ธาร ลำไส ้ [-sai] น usus ลำไส ้ เล ็ก [-sailek] น usus kecil ลำไส ้ ใหญ ่ [-saiyai jikan สวัสดิภาพ [sawatdipa:p] น kese- lamatan: สวัสดิภาพของเชลยศึกย ่ อมต ้ องได ้ รับ การคุ ้ มครอง Keselamatan tawanan pe rang harus mendapat perlindungan. สว ่ าง [sawa:] น terang สว ่ าน [sawa:n] น gerudi สวามิภักดิ ์ [sawa:mipak] น mentaa- ti: เมืองเล็ก ๆ ภายใต ้ การปกครองของอาณาจักร สุโขทัยสวามิภักดิ์ต ่ อกษัตริย ์ สุโขทัยทุก พระองค ์ Negeri-negeri kecil di |
|
Tesaurus |
---|
| terang | 1. Bersinonim dengan cahaya ( sinar, kilau, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan terang ( cerah, jelas, nampak, ) (adjektif:) Berantonim dengan kelam
3. Dalam konteks hari bersinonim dengan siang, cerah, (adjektif:) Berantonim dengan gelap
4. Dalam konteks bunyi bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat, (adjektif:) Berantonim dengan redam
5. Bersinonim dengan benar ( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, ) (adjektif:)
6. Dalam konteks hutan bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan, (kata kerja:)
| Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang, |
|
|