Kata |
Takrif |
Sumber |
ketara | nyata, terang kelihatan: kecurangannya tidak ~ kpd suaminya atau jiran-jirannya; keketaraan perihal (keadaan atau sifat) ketara: bahan itu mengandungi penyerap cahaya khas utk mengurangkan ~ liang roma dan garis halus pd muka; ®kentara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegas | 1. jelas serta terang (kelihatan dll), nyata: dgn suara ~ dan jelas ia berkata; 2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat: hukuman yg ~ mestilah segera dijalankan; 3. kata atau ujar (yg tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dll): Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera utk menghalau komunis-komunis keluar dr Danang, ~ beliau; 4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya: ~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;bertegas mengatakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;menegas ark meminta penjelasan (keterangan); menegaskan 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar nombor asas dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa;ketegasan 1. perihal tegas, kejelasan, ketetap-an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; pertegasan 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan, pemastian; penegasan penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggarangkan | 1. menjadikan garang, memberanikan, mengganaskan, menggalakkan; 2. menjadikan (kelihatan) terang dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah: warna-warna tersebut saling bersatu hingga dapat melembutkan atau ~ warna-warna yg bersebelahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bintang barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) | bintang yg kelihatan terang pd petang dan dinihari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memancar | 1. keluar memancut dgn deras (bkn air dsb); 2. mengeluarkan cahaya terang, bersinar terang: matahari belum kelihatan ~; sebuah lampu suluh kelihatan ~ cerah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lindung | ; berlindung 1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~. melindungi 1 menjadi tutup (sekat dsb) pd sesuatu supaya tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu: Sekaki payung sutera ~ tubuhnya drpd panas matahari. 2 memberikan naungan atau pertolongan kpd: Moga-moga Allah akan ~ kita drpd bencana lapar. 3 ki menutup sesuatu supaya tidak diketahui orang lain (ttg perasaan dll): Perangainya yg lemah lembut itu hanya utk ~ kejahatannya saja. melindungkan meletakkan sesuatu supaya tidak kelihatan; menyorokkan: ~ mukanya dgn topi. terlindung 1 tertutup oleh sesuatu hingga tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu; tersembunyi; tersorok. 2 tidak terkena apa-apa bahaya atau bencana; terselamat: Dia telah ~ drpd bencana itu dgn kehendak Allah jua. lindungan apa-apa yg terlindung oleh; yg dilindungi: Manusia ~ Tuhan. kelindungan kena lindung (hingga tidak kelihatan, tidak kena panas dsb). perlindungan 1 perbuatan atau hal berlindung. 2 bantuan; pertolongan: Orang-orang kaya patut memberikan ~ kpd orang-orang susah. 3 tempat bersembunyi atau tempat berlindung: Apabila semboyan berbunyi, kami berlari mencari lubang ~. pelindungan 1 perbuatan (hal dsb) melindungi atau melindungkan. 2 tempat yg terlindung; tandas. pelindung 1 orang yg memberikan pertolongan atau perlindungan; penaung. 2 alat atau benda (spt atap) yg melindungi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlindung | 1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terang | 1 cahaya atau sinar yg menyebabkan sesuatu dpt dilihat: Tidak sama ~ lampu 100 watt dgn ~ matahari. 2 tidak gelap; tidak suram atau tidak muram; cerah: Pd waktu malam pun, jalan raya di ibu kota ~ spt pd siang hari. 3 siang: Setelah hari ~, mereka pun meneruskan perjalanan mereka. 4 bersih kerana sudah ditebas atau ditebang: Kawasan rumahnya ~, kerana semak samun di sekelilingnya sudah ditebas. 5 dpt didengar atau dpt dilihat dgn nyata; jelas (ttg bunyi tembakan, suara orang bercakap dll): Kedengaran bunyi tembakan meriam dr rumah kami, kadang-kadang bunyi itu ~. 6 tidak meragukan lagi; sudah jelas atau sudah nyata (kesalahannya dll): Kesalahannya sudah ~, tidak meragukan lagi. ~ benderang terang sekali. ~ bulan a. cahaya dr bulan. b. tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan. ~ fikiran (hati) mudah memahami sesuatu yg diajarkan. ~ tanah waktu pagi ketika tanah mula kelihatan (± pukul 6.30 pagi). terang-terang tidak berselindung; nyata atau jelas (ttg perbuatan); ketara: Dgn ~, dia telah menipu kawannya itu. berterang-terang melakukan sesuatu secara terang-terang. menerangi menyinari hingga jadi terang; memberi terang: Sebuah lampu minyak ~ biliknya. menerangkan 1 membuat atau menjadikan sesuatu terang: Ubat ini baik utk ~ mata yg kabur. 2 membersihkan kawasan drpd semak samun dll: Mereka ~ kawasan hutan itu utk dijadikan kawasan pertanian. 3 menceritakan supaya terang atau supaya jelas; menghuraikan; menjelaskan: Dia telah ~ bagaimana kemalangan itu berlaku. 4 memberitahukan sesuatu perkara; memaklumkan: Perdana Menteri telah ~ tujuan Dasar Ekonomi Baru kpd para pelawat asing itu. 5 menunjukkan dgn bukti; membuktikan: Tidak ada bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah. keterangan 1 huraian utk menerangkan atau utk menjelaskan sesuatu perkara; penjelasan: Mendengar ~ itu, dia pun terdiam. 2 apa-apa yg menerangkan atau yg menjelaskan sesuatu; alasan: ~ yg diberikan oleh saksi itu tidak lengkap utk membuktikan bahawa yg dituduh betul-betul bersalah. penerangan hal atau perbuatan menerangkan sesuatu. penerang sesuatu yg menerangi atau yg menerangkan: ~ hati jampi dll yg dpt menerangkan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aurora | fenomena berupa cahaya terang yg kelihatan di langit pd malam hari, berbentuk jalur atau tirai yg biasanya berwarna merah, hijau atau ungu; ~ australis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar Kutub Selatan; ~ borealis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar Kutub Utara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tedeng | (tédéng) Jw benda yg digunakan sbg pendinding (supaya tidak kelihatan dll), tabir, tebeng; ~ aling-aling ki apa yg digunakan utk menyembunyikan rahsia (perbuatan buruk dll); dgn ~ aling-aling tidak dgn terus terang, dgn diam-diam (berselindung); main ~ aling-aling(an) melakukan sesuatu dgn sembunyi-sembunyi; bertedengan tidak dgn terang-terang, berse-lindung, bersembunyi-sembunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
ill-defined | adj not clear, a. (in meaning) tdk /jelas, tepat/: an ~ question, soalan yg tdk jelas; b. (in outline) kelihatan tdk /jelas, terang/: the figure on the left of the photograph is ~, orang yg berdiri di sebelah kiri dlm gambar itu kelihatan tdk jelas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
conspicuous | adj 1. easy to see, mudah dilihat: road signs should be ~, tanda jalan mestilah mudah dilihat; 2. attracting attention, a. (by reason of striking physical feature) kelihatan menonjol: her bright yellow dress made her ~ in the crowd, dgn memakai baju kuning terang, dia kelihatan menonjol; a ~ block of apartments, blok pangsapuri yg menarik perhatian; b. (by reason of remarkableness, unusualness, etc) menonjol: to be ~ for os gallantry, menonjol krn keberanian sso; his ~ ignorance, kejahilannya yg menonjol; a ~ mistake, kesalahan yg menonjol; make os ~, menonjolkan diri sso: she makes herself ~ by her behaviour, dia menonjolkan dirinya dgn berkelakuan begitu; be ~ by os absence, orang perasan sso tdk hadir: you were ~ by your absence last night, orang perasan kamu tdk hadir malam tadi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
apparent | adj 1. obvious, nyata, jelas, ketara, terang: it is ~ that war is imminent, sudah nyata or nyatalah bahawa peperangan hampir akan berlaku; symptoms that should have been ~ to any doctor, gejala yg seharusnya telah nyata kpd doktor mana pun; 2. seemingly real, /nampaknya, tampaknya, kelihatan/ spt: we were deceived by his ~ indifference, kami terpedaya oleh sikapnya yg kelihatan spt acuh tak acuh; 3. (phys) ketara: ~ equilibrium, keseimbangan ketara; ~ loss,kehilangan ketara; ~ weight, berat ketara. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
avodire | avodire | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu keras berwarna kuning terang yang terdapat di Ivory Coast, Gold Coast di negara Liberia, Afrika Barat. Iranya yang jelas kelihatan menjadikan kayu ini sesuai untuk menghasilkan perabot kayu tropika, dinding panel atau untuk kegunaan kerja-kerja penyambungan yang halus. Kayu ini juga dikenali sebagai kayu mahogani perang, sangat bernilai dan cantik. Kayu ini mudah direka bentuk, sama ada menggunakan peralatan tangan atau mesin. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
enyawir Ib | sejenis perhiasan yang dibuat daripada duit syiling untuk diikat pada tali pinggang. Ia kelihatan seperti sisik ikan apabila dipandang dari jauh. | Tali pinggang lampit di pasang rapat umpama sebuah pintu tapang. Perhiasan enyawir tersirat rapat tiada jurang. Pampai amat sesuai berjuntaian ke arah belakang. Sumping telinga tergantung-gantung bercahaya terang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb 45:13 AM 8 acentric (asentromer) Perihal kromosom atau fragmen kromosom yang tidak mempunyai sentromer. (BIO) acephalia (asefalia) Bayi yang lahir tanpa kepala. (UBAT) acephalous (asefalon) Berkaitan dengan larva yang kelihatan tidak berkepala atau mempunyai kepala yang amat kecil dan tidak terpisah dari toraks secara jelas. Contohnya, larva lalat rumah. (BIO) acetabuloplasty (asetabuloplasti) Pembentukan semula asetabulum melalui kaedah pembedahan plastik. (UBAT untuk menghasil- kan aseton dan butanol. (BIO) achromatic doublet (dublet tak kroma) Kanta tak kroma yang terdiri daripada dua bahagian. (FIZ) achromatic spindle (gelendong tak kroma) Sistem gentian gelendong yang kelihatan seperti bercantum pada kutub nuk- leus dan mencapah ke arah khatulistiwa semasa berlakunya pembelahan sel. (BIO) ACIA (ACIA) Singkatan bagi asynchronous communications interface adapter. Lihat asyn- chronous communications interface adapter
|
Kamus Thai 2.indb คำต ่ อท ้ ายประโยคเชิญหรือคำถาม) -lah: เชิญดื่ มซิจ ๊ ะ Silalah minum. 2 (ประโยคคำถาม) -kah: คุณไปไหนมาจ ๊ ะ Ke manakah kamu pergi? จะงอย [ca:y] น paruh จะจะ [caca] ว terang-terang: กรรมการ เห็นความผิดของผู ้ เล ่ นอย ่ างจะจะ Pengadil nam pak kesalahan pemain itu terang-terang. จะแจ ้ ง [cacε:] ว jelas: ไทสันสามารถ เก็บคะแนนได ้ จะแจ ้ งเกือบทุกยก Tyson
|
Kamus Thai 2.indb tan- duk, lingkok กระจับ 2 [kracap] น (เครื ่ องใช ้ ) caping กระจับปี่ [kracappi:] น kecapi กระจ ่ า [kraca:] น senduk tempurung กระจ ่ าง [kraca:] ว 1 terang: คืนนี้ แสงจ ั นทร ์ กระจ ่ าง Malam ini cahaya bu- lan sangat terang. 2 jelas: คำตอบของเขา กระจ ่ างมาก Jawapannya sangat jelas. กระจาด [kraca:t] น bakul, raga กระจาบ [kraca:p] น burung tempua กระจาย [kraca:y] ก 1 menyebarkan: ร ั ฐบาลกระจายข |
Kamus Thai 2.indb me ngambil telefon bimbitnya. ลอดช ่ อง [-c] น cendol ลอตเตอรี [ltt:ri ] น loteri ลอน [l:n] น alunan: ลอนกระเบื้ องมุงหลังคา นั้ นเหมือนคลื่ น Alunan atap genting itu kelihatan seperti ombak. ลอนผม [-pom] น ikal, ikal mayang ล ่ อน [ln] ก 1 tanggal: สะเก็ดแผลของ เด็กคนนั้ นล ่ อนแล ้ ว Kuping kudis budak itu sudah tanggal. ว 2 angkasa เว ้ า [waw] ว cekung: กระจกเว ้ า kanta cekung เว ้ าวอน [-w:n] ดู อ ้ อนวอน เวิ ้ งว ้ าง [w:wa:] ว kelihatan sepi dan sayu: ก ่ อนนี้ ทุ ่ งกุฬาร ้ องไห ้ ดูเวิ้ งว ้ างมาก Sebelum ini Padang Kula Ronghai ke- lihatan sepi dan sayu. เวียง [wia] ดู เมือง
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
aurora | aurora | Fenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada waktu malam, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. Aurora sering kali dilihat di sepanjang luar kawasan Artik dan Antartik. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| terang | 1. Bersinonim dengan cahaya ( sinar, kilau, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan terang ( cerah, jelas, nampak, ) (adjektif:) Berantonim dengan kelam
3. Dalam konteks hari bersinonim dengan siang, cerah, (adjektif:) Berantonim dengan gelap
4. Dalam konteks bunyi bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat, (adjektif:) Berantonim dengan redam
5. Bersinonim dengan benar ( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, ) (adjektif:)
6. Dalam konteks hutan bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan, (kata kerja:)
| Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang, |
|
|