Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
tunnelingFenomena yang berlaku apabila zarah dapat menembusi suatu sawar keupayaan yang lebih tinggi daripada tenaga kinetiknya dan tebal sawar adalah dalam skala nanometer. Fenomena ini berlaku dalam sistem mekanik kuantum yang zarah bersifat bak gelombang dan tidak mungkin berlaku dalam sistem mekanik klasik. Fenomena ini digunakan untuk mereka bentuk peranti penerowongan elektron tunggal.
confocal optical microscopy (COM)Kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kontras (kejelasan) imej pada mikroskop, terutama pada sampel/bahan uji yang tebal. Sampel/bahan uji akan disinari oleh cahaya sefokus. Cahaya sefokus terbentuk apabila cahaya tersebut melalui lubang (pinhole). Cahaya daripada sampel/bahan uji tersebut kemudiannya terpantul semula dan dikesan oleh alat pengesan.
Graetzel cellSel fotovolta yang menggunakan bahan nanohablur titanium oksida (TiO2) berliang tinggi dan terjerap pencelup bahan organik bagi menghasilkan tenaga elektrik daripada sinaran cahaya. Bagi memastikan cahaya yang diterima dapat dicerap, lapisan molekul pencelup ini hendaklah tebal (biasanya melebihi saiz molekul) kerana saiz molekul pencelup ini terlalu kecil.
nanostrandBebenang dengan ketebalan bersaiz nano yang digunakan untuk menghubungkan atau mengikat dua atau lebih struktur molekul. Contohnya, dua bebenang digunakan untuk menghubungkan struktur nukleotid, adenina dan timina kepada pasangan heliks DNA dan begitu juga dua lembar lagi untuk mengikat struktur nukleotid, guanina dan sitosina pada pasangan heliks tersebut. Tebal bagi bebenang ini adalah kira-kira 0.34 nm.
1
Tesaurus
 
tebal (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, banyak,
Berantonim dengan nipis

2. Bersinonim dengan lebat: banyak, rapat, rimbun, padat, penuh, sendat, sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan,
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan teguh: kuat, kukuh, kental, mendalam,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : menebalkan, ketebalan, penebalan,

Puisi
 

Hilang tin gunung ditumpal,
     Nampak dari Gunung Jematu;
Pinggang ramping badannya tebal,
     Pandai juga membuat laku.



Lihat selanjutnya...