Kata |
Takrif |
Sumber |
kental | hampir beku; pekat. mengental menjadi hampir beku; menjadi kental. mengentalkan menjadikan kental. pengentalan perihal mengental atau mengentalkan. pengental bahan yg mengentalkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekentalan | perihal kental, sifat (keadaan) kental; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kental | hampir beku; pekat. mengental menjadi hampir beku; menjadi kental. mengentalkan menjadikan kental. pengentalan perihal mengental atau mengentalkan. pengental bahan yg mengentalkan sesuatu. | Kamus Pelajar |
kental | 1. (berkeadaan) antara cair dgn keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir spt air): setelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ spt agar-agar yg separuh beku; 2. karib, akrab (bkn persahabatan); sahabat ~ sahabat karib; 3. teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu; mengental menjadi kental (pekat), hampir membeku: bancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama; mengentalkan menjadikan kental, memekatkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (mengaribkan) persahabatan; kentalan benda yg kental; kekentalan perihal kental, sifat (keadaan) kental; pengentalan perihal atau perbuatan mengental atau mengentalkan; pengental bahan (benda) yg mengentalkan: ~ susu getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dadih | air susu (kerbau, lembu, dll) yg pekat atau telah dikentalkan; kepala ~ bahagian dadih yg di sebelah atas; ~ darah darah yg pekat (kental); ~ jalang susu yg baik; ~ kering mentega; ~ pekat susu yg pekat (kental); mengajar orang tua makan ~ prb mengajar orang yg lebih pandai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sahabat kental | sahabat karib; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergelintin | kental, pekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengentalkan | menjadikan kental. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengentalkan | menjadikan kental, memekatkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (mengaribkan) persahabatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjelunut | pekat, kental, melekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
clot | vi harden, menjadi kental, membeku: cream ~s quickly if left in a warm place, krim cepat menjadi kental kalau dibiarkan di tempat yg panas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
jellied | adj 1. solidified into jelly, kental: ~ soup, sup kental; 2. set in jelly, bersalut /jeli, agar-agar/: ~ meat, daging yg bersalut agar-agar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
jell | vi (colloq) 1. set, menjadi kental, mengental: boil the syrup until it ~s, didihkan sirap itu hingga menjadi kental; 2. take shape, (menjadi) jelas: our plans have not quite ~ed yet, rancangan kami masih belum jelas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
jelly | vi menjadi kental, mengental; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gel | vi 1. become like jelly, kental; 2. become clearer or more definite, menjadi tentu bentuknya: my ideas are beginning to ~, idea-idea saya mulai menjadi tentu bentuknya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
political will | kemahuan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik. |
anisotropic | tak isotropik | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan keanjalan bahan yang bergantung pada arah tindakan daya. Sesuatu bahan isotropik mempunyai kekuatan arah dan keanjalan modulus yang lebih kental apabila ditarik pada satu arah berbanding arah yang lain. |
digression | penyimpangan | Kesusasteraan | Tiada | Bahan yang kurang jelas kaitannya dengan tema atau perbincangan pokok yang dimasukkan ke dalam cerita sebelum cerita tersebut disambung semula. Daripada satu pihak, penyimpangan dianggap sebagai satu kelemahan kerana mengganggu perkembangan plot dan memperlihatkan pengarang tidak dapat mengawal jalan cerita dengan baik. Penyimpangan biasanya tidak digenari dalam esei formal, drama atau naratif yang padat serta kental susunannya. Daripada pihak yang lain, penyimpangan dianggap menawarkan kelegaan komik atau memberi maklumat tambahan untuk memperhebatkan cerita. Penyimpangan sering digunakan dalam novel pikares (picaro) dan novel epik. Antara bentuk penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan juga dijumpai dalam esei yang tidak formal sifatnya atau novel yang menggunakan aliran kesedaran. Penyimpangan yang panjang dikenali sebagai hujungan rinci. Antara penulis yang gemar menggunakan penyimpangan ialah Lawrence Sterne dalam karyanya yang berjudul Tristram Shandy. Karya ini mengandungi satu bahagian, iaitu Digression on Digressions, sementara dalam karya De Quincey pula penyimpangan dikatakan lebih panjang daripada tema utamanya. Dalam contoh sastera Melayu, episod punakawan dalam pewayangan adalah kelegaan komik yang boleh dianggap sebagai penyimpangan. Penyimpangan berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud pergi ke tepi. Lihat juga aliran kesedaran, epik, hubungan rinci, kelegaan komik, novel pikares, simile epik. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kental | beku [bku] | Melanau Dalat | |
kental | kantal. | kedayan | |
segel I | kental; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
amboyat, *ambuyat* Bs, Mr | sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung sagu yang dimasak menggunakan air panas. | Sesungguhnya, memang Paring sedar. Dia masih sayangkan anak-anaknya. Malah semakin hari semakin kental. Sekental amboyat. Namun, anak-anaknya kini sudah dewasa. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kental | [ken.tal] | کنتل |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
tompe | | adunan tepung kental dicanai dan digoreng tanpa minyak | Tompe keroi tahan tinagu lambat bayi. | Adunan tepung kental yg dicanai tahan lama disimpan. | makanan dan minuman | Bajau |
ambuyat | ampuyat | tepung sagu yg diproses/dimasak sehingga kental | Ambuyat alap kinakan makai loo daeng. | Tepung sagu yang dimasak enak dimakan bersama kuah ikan.. | makanan dan minuman | Bajau |
|
Tesaurus |
---|
| kental (adjektif) | 1. Bersinonim dengan pekat: likat, menjelunut, melekat, ganteng, bergelintin, gadik, lekit, tidak cair, Berantonim dengan cair
2. Bersinonim dengan akrab: karib, erat, rapat, mesra,
3. Bersinonim dengan teguh: kukuh, kuat, Berantonim dengan lemah
| Kata Terbitan : mengental, mengentalkan, |
|
|