Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tebal kulit muka.

Takrif

Orang yang tidak tahu malu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal.

Takrif

Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam.

Takrif

Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jual sutera beli mastuli.

Takrif

Dapat ganti yang lebih berharga lagi. mastuli = kain tebal yang amat mahal harganya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tebal (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, banyak,
Berantonim dengan nipis

2. Bersinonim dengan lebat: banyak, rapat, rimbun, padat, penuh, sendat, sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan,
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan teguh: kuat, kukuh, kental, mendalam,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : menebalkan, ketebalan, penebalan,

Puisi
 

Hilang tin gunung ditumpal,
     Nampak dari Gunung Jematu;
Pinggang ramping badannya tebal,
     Pandai juga membuat laku.



Lihat selanjutnya...