Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SELKIRK, ALEXANDER | Selkirk, Alexander (16761721) ialah orang Scotland yang terdampar di sebuah pulau yang sunyi. Pengalamannya itu telah memberi ilham kepada kisah Robinson Crusoe (lihat Robinson Crusoe ). Ketika belayar di Laut Selatan pada tahun 1704 dalam satu ekspedisi lanun, Selkirk telah bertengkar dengan kapten kapal. Atas permintaannya sendiri, dia telah tinggal di salah sebuah kepulauan di Juan Fernandez, kira-kira 640 kilometer ke barat Valparaiso, Chile. Dia tinggal seorang diri di sana selama 52 bulan sehingga Kapten Woodes Rogers menyelamatkannya. Kapten itu mencatatkan pengalaman Selkirk dalam A Cruising Voyage Around the World . Kapten Edward Cooke pula memerikannya dalam A Voyage to the South Seas dan Round the World . Selkirk lahir di Largo, Fifeshire. Lihat juga Juan Fernandez. | UMUM | |
ANTONY, MARK | Antony, Mark (83?30 S.M.) ialah jeneral dan negarawan Rom yang berkhidmat sebagai pembantu pemerintah Rom sejak tahun 43 S.M. sehingga dia meninggal dunia. Antony dan Gaius Octavian menjadi pembantu pemerintah bersama dengan Marcus Lepidus selepas kematian pemerintah Rom, Julius Caesar. Antony kemudiannya mengahwini Cleopatra, ratu Mesir, dan kedua-duanya menggabungkan angkatan tentera mereka. Antony bercita-cita untuk menguasai Rom seorang diri, tetapi dia kalah dalam Perang Actium pada tahun 31 S.M. | UMUM | |
AUSTEN, JANE | Austen, Jane (17751817), salah seorang penulis novel yang sangat digemari di England. Tulisannya mengandungi sindiran tentang institusi-institusi sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada enam novelnya, mengisahkan seorang wanita bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah. | UMUM | |
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS | Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang telah melarikan diri ke kawasan pergunungan berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang mengejar mereka telah menemui tempat persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang penggembala terserempak dengan gua tersebut dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut sedang nyenyak tidur. Apabila dia mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa mereka baru tidur satu malam sahaja. Salah seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk mencari makanan dan membayar dengan menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun. Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai pencuri harta karun. Walau bagaimanapun, Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu dalam satu perarakan besar-besaran ke gua tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja dan kawasan perkuburan yang besar di situ sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di tempat mereka pernah tidur. | UMUM | |
NUMAN IBN MUQRAN, AL- | Numan ibn Muqran, al- (?21 H./?642 M.) ialah salah seorang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. yang berhijrah ke Madinah. Dia berhijrah bersama-sama dengan tujuh orang saudaranya. Mereka menghadirkan diri dalam perutusan puak Muzaynah pada tahun kelima Hijrah. Mereka ialah kumpulan pertama mengikat janji setia dengan Rasulullah s.a.w. Al-Numan turut menyertai Perang Khandaq, Perjanjian Hudaybiyah dan juga pembukaan Makkah. | UMUM | |
OSLER, SIR WILLIAM | Osler, Sir William (18491919), doktor Kanada dan salah seorang pendidik perubatan yang terulung. Salah satu sumbangan Osler yang paling dikenali dalam dunia perubatan ialah pembentukan sebuah klinik di Johns Hopkins Hospital di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat. Klinik ini menjadi model bagi pendidikan perubatan moden di Amerika Syarikat. Osler begitu cenderung menggunakan pesakit sebagai teks, dan dia menyempurnakan kaedah pengajaran dengan menggalakkan penuntut melibatkan diri dalam merawat pesakit dan belajar seni rawatan amali di sisi pesakit. | UMUM | |
AMIN DADA, IDI | Amin Dada, Idi (1925?2003) ialah pemerintah Uganda dari tahun 1971 hingga 1979. Sebagai seorang pegawai tentera, dia memegang kuasa selepas mengetuai tenteranya untuk menggulingkan kerajaan awam Uganda. Pemerintahannya berakhir apabila rakyat Uganda menentangnya dan tentera dari negara jiran Tanzania menggulingkan kerajaannya. Amin kemudiannya melarikan diri dari Uganda. | UMUM | |
PETAM | PETAM, perhiasan diri berbentuk separuh bulat dan melentik di kiri kanannya yang dipakai di dahi seorang wanita sebagai penyeri muka. Di Kelantan, petam disebut sebagai pemeles atau gendik. Petam biasanya dipakai untuk persembahan oleh pelakon menora, makyung atau penari gamelan dan asyik sebagai hiasan tambahan selain daripada cocok sanggul. | BUDAYA | Alat/Alatan |
ALBAN, SAINT | Alban, Saint ( ? 209), diingati sebagai orang pertama di Britain yang mati suci kerana agama. Dia ialah warga kota kerajaan Rom yang bernama Verulamium, kini St. Albans, di Hertfordshire, England. Alban melindungi seorang paderi yang melarikan diri daripada hukuman mati yang dikenakan oleh orang Rom. Paderi itu mengkristiankan Alban. Askar yang mencari paderi itu menemui Alban yang memakai pakaian paderi. Mereka telah menangkapnya dan dia dihukum mati. | UMUM | |
PLATH, SYLVIA | Plath, Sylvia (19321963) ialah penyair dan penulis fiksyen Amerika. Penulisannya menggambarkan pandangan yang bernas, sindiran yang tajam, dan mencetuskan perasaan sedih. Penulisannya amat bersimpati terhadap penderitaan kaum wanita, golongan muda, artis, orang yang sukar menyesuaikan diri, dan pemberontak. Walaupun dia meninggal dunia pada usia yang muda, dia dianggap sebagai salah seorang penulis Amerika yang paling berpengaruh sejak tahun 1940-an. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan temenung ikan tenggiri, Ikan mati kena tuba; Duduk termenung seorang diri, Orang ditunggu tak kunjung tiba.
Lihat selanjutnya... |
|