Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Pemimpin mengiktiraf sumbangan daripada orang bawahan untuk menjaga harapan dan penentuan hidup. Mohon pihak DBP untu memperbetulkan struktur ayat diatas dengan kadar segera.Ayat yang diberikan kurang gramatis. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan ayat "Pemimpin menghargai sumbangan daripada orang bawahan demi kemakmuran bersama".Lain-lain02.05.2017
Selamat sejahtera tuan/puan. Menurut Soalan Khidmat nasihat DBP pada 15/1/2008, 22/8/2014 dan 4/8/2016, "beta" boleh digunakan oleh raja dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Manakala, pada 30/11/2014, pihak tuan/puan menjawab soalan lain dengan jawapan "beta" hanya digunakan oleh Raja/Sultan sahaja, tidak termasuk keluarga diraja. Pada 7/7/2015, pihak tuan/puan cadankan putera atau puteri boleh gunakan "beta". Jadi, saya ingin memastikan lagi, adakah "beta" boleh digunakan oleh permaisuri, puteri, puteri atau kerabat diraja? Kalau tidak, apa kata ganti nama diri pertama yang sesuai untuk permaisuri/puteri/puteri/kerabat diraja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah/ orang bawahan/rakyat/?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang awam. Oleh itu, kata ganti nama diri ‘beta’ sesuai digunakan untuk permaisuri, puteri dan kerabat diraja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat.

Tatabahasa26.10.2022
Salam sejahtera. 1. Apakah golongan yang sesuai bagi kata nama khas Matematik, tajuk filem seperti Spiderman dan Superman serta tajuk karangan seperti "Ibu Saya"? 2. Adakah gelaran seperti Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Dato Bendahara, Sultan, Permaisuri, Putera Mahkota kata nama khas? 3. Apakah kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga bagi Permaisuri, Putera Mahkota, Puteri? Terima kasih.
  1. Soalan yang pertama sukar untuk difahami. Mohon tuan/puan mengemukakan soalan yang lebih jelas dan terperinci.
  2. Menteri Pendidikan dan Dato’ Bendahara ialah kata nama khas, manakala putera mahkota, sultan, permaisuri dan perdana menteri ialah kata nama am. Sekiranya perkataan tersebut digunakan sebagai nama khas, contohnya Putera Mahkota Selangor, maka huruf besar akan digunakan pada permulaan perkataan.
  3. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 280 dan 1680 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 81 – 87.

Tatabahasa02.04.2024
Tajuk Soal: "Di satu pihak" atau "Pada satu pihak"? Selamat petang tuan DBP. Saya kurang pasti akan pemilihan antara dua frasa, "di satu pihak" atau "pada satu pihak". Satu ayat misal saya nukilkan daripada buku Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (2000) oleh Awang Sariyan: (1) Ertinya saya tidak menitikberatkan soal wujudnya golongan pengguna bahasa Melayu tinggi yang sekali gus membayangkan kelas menegah atau atasan di satu pihak dan golongan pengguna bahasa Melayu rendah yang terdiri daripada kelas bawahan di satu pihak. Adakah frasa "di satu pihak" tepat akan peraturan kata sendi? Setahu saya, kata sendi "di" digunakan untuk menunjukkan tempat sesuatu benda atau orang berada. Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa "pada satu pihak" lebih ghalib digunakan orang marcapada, tetapi apakah rasional atau dasar di balik penggunaan itu? Penggunaan tersebut bersandarkan peraturan apa? Minta tuan tafsir soal ini.Penggunaan yang betul ialah pada satu pihak. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu serta sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa14.08.2016
soalan saya sebelum ini dan jawapan yg diterima : Soalan : Bagaimanakah susunan dalam membuat salinan kepada atau cc (bagi emel) - siapa yang perlu didahulukan namanya, adakah yang lebih berpangkat kepada yang lebih rendah atau sebaliknya. terima kasih Jawapan : Dalam membuat salinan kepada (cc), terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Pihak atasan perlu dimaklumkan sesuatu projek/program untuk pemberitahuan/pemakluman. Selain itu, salinan kepada juga diberikan kepada pegawai yang terlibat dalam projek atau program yang dianjurkan. Puan hendaklah mengenal pasti kewajaran e-mel berkenaan untuk disalinkan kepada penerima yang lain. Soalan baru : Saya ingin mengetahui susunan nama orang yang mendapat salinan kepada itu dari sudut protokol - adakah dari CEO, ED, Manager atau bermula dari manager, ED dan CEO terima kasihDalam protokol, lazimnya pegawai atasan sesebuah organisasi atau dalam sesebuah jawatankuasa akan diletakkan pada permulaan dan diikuti staf/ ahli jawatankuasa bawahan

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP.
Tatabahasa09.12.2013
1