Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MUZIK ARAB

Muzik Arab. Orang Arab telah mengenal muzik

sejak zaman silam seperti bangsa-bangsa lain.

Bahkan mereka juga menulis pengetahuan

mereka tentang muzik seperti yang dilakukan oleh

bangsa-bangsa lain. Terdapat ramai pemuzik Arab

yang terkenal di seluruh negeri Arab sepanjang

zaman. Muzik Arab banyak terpengaruh dengan

alunan muzik kawasan sekitarnya. Tetapi pada

masa yang sama muzik Arab juga banyak

mempengaruhi muzik-muzik kawasan

berhampiran. Bahkan ia juga mempengaruhi

muzik-muzik di negara-negara Eropah.

UMUM
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)

ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan

Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi

ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran,

pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain

keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia.

Matlamatnya termasuk meningkatkan paras

pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya

orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160

negara menganggotai pertubuhan ini.

UMUM
RAZALI ISMAIL, TAN SRI

Razali Ismail, Tan Sri (1939 ) ialah Presiden

Sesi ke-51, Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari September 1996

hingga September 1998. Dia ialah orang keempat

dari rantau Asia Tenggara yang dilantik ke jawatan

tersebut dalam masa 52 tahun semenjak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan

pada tahun 1945.

UMUM
ARYA

Arya ialah istilah yang digunakan untuk kumpulan

bahasa Asia dan untuk bangsa-bangsa tertentu.

Indo-Arya ialah sekumpulan bahasa yang

dituturkan terutamanya di benua kecil India.

Sesetengah bahasa ini wujud sejak lama dahulu

kira-kira pada tahun 1500 S.M. Indo-Arya termasuk

bahasa Sanskrit purba dan bahasa Hindi moden.

Dalam bahasa Sanskrit, istilah arya dirujuk kepada

sekumpulan orang di India purba. Orang Arya ini

adalah Brahman, ahli kasta Hindu yang tertinggi,

yang mengikut amalan agama yang diterima pada

tradisinya dan menggunakan bahasa Sanskrit.

Dalam bahasa Sanskrit, arya juga bermakna

bangsawan.

UMUM
YOUNG, ANDREW JACKSON, JR.

Young, Andrew Jackson, Jr. (1932 ) ialah

orang kulit hitam Amerika Syarikat pertama yang

berkhidmat sebagai duta Amerika Syarikat ke

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

UMUM
ROMULO, CARLOS PENA

Romulo, Carlos Pena (18991985) ialah diplomat

dan penulis Filipina, pernah berkhidmat sebagai

setiausaha (kemudian menteri) bagi hal ehwal luar

Filipina dari tahun 1965 hingga tahun 1984. Romulo

berkhidmat sebagai duta besar Filipina ke Amerika

Syarikat, pada tahun 1952 dan 1953, dan dari tahun

1955 hingga tahun 1962. Dia mewakili negaranya ke

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dari tahun

1946 hingga tahun 1954. Pada tahun 1949, dia menjadi

orang Asia yang pertama memegang jawatan

presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu. Romulo mewakili Filipina dalam

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu pada tahun 1957. Dia berkhidmat sebagai

presiden University of the Philippines dari tahun 1962

hingga tahun 1969, dan juga memegang jawatan

setiausaha pendidikan dari tahun 1966 hingga tahun

1969.

UMUM
SUAKA

Suaka, dalam undang-undang antarabangsa,

ialah naungan dan perlindungan yang diberikan

oleh sesebuah negara kepada orang yang lari dari

sebuah negara lain. Pemberian suaka mengikut

undang-undang kebangsaan serta undang-undang

dan perjanjian antarabangsa. Menurut Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu, para pelarian boleh

meminta suaka jika mereka takut penganiayaan

yang berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan,

atau fahaman sosial atau politik. Tetapi, tiada siapa

pun mempunyai hak untuk mendapatkan suaka.

Penindasan politik merupakan sebab utama

sesebuah negara memberikan suaka.

UMUM
BANGSA MOROBANGSA MORO, kumpulan terbesar orang Islam di Filipina.  Bangsa Moro juga disebut sebagai Marao yang bermaksud orang tasik.  Istilah ini diperkenalkan oleh kaum penjajah bangsa Sepanyol sewaktu mereka menyebarkan agama Kristian di seluruh kepulauan itu.  BUDAYAKonsep
ORANG TAMILBangsaBUDAYABangsa/Suku/Kaum
BANGSA SULUBANGSA SULU, salah satu golongan utama etnik Moro, tinggal di Propinsi Sulu, Filipina Selatan.  Di Filipina, bangsa Sulu disebut Tao-Sug, yang bermaksud orang arus.  Menurut legenda, bangsa Sulu berasal dari gugusan Pulau-pulau Melayu Minangkabau.  BUDAYAKonsep
Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.



Lihat selanjutnya...