Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MUKUS | Mukus ialah sejenis bendalir tebal, jernih dan licin yang terdapat di dalam hidung, mulut dan organ laluan lain yang terbuka kepada bahagian luar tubuh. Ia terdiri daripada sebatian protein dan gula. Bendalir ini dihasilkan oleh sel dalam membran mukus, dan ia menutupi permukaan membran tersebut. | UMUM | |
MUSILAJ | Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit, yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca. Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji) dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj. Lihat juga Gam arab; Glu. | UMUM | |
AGOUTI | Agouti ialah rodensia yang hidup di hutan tebal dari selatan Mexico, hingga ke utara Argentina, dan di Hindia Barat. | UMUM | |
OKAPI | Okapi ialah haiwan nadir yang hidup di hutan tebal di sekitar lembangan Sungai Congo di Afrika. Ia ditemui di sana oleh penjelajah Eropah pada tahun 1900. Okapi tingginya kira-kira 1.5 meter pada paras bahu. Ia berkaitan dengan zirafah, tetapi lehernya jauh lebih pendek. Badan okapi berwarna perang berangan tua, mukanya putih, pinggul dan kaki atasnya berbelang-belang putih. Okapi jantan mempunyai sepasang tanduk yang pendek dan berbulu. | UMUM | |
CHINCHILLA | Chinchilla ialah haiwan kecil yang dihargai kerana bulunya yang lembut dan tebal. Ia adalah rodensia, iaitu mamalia kecil yang mempunyai gigi khas untuk menggerogot. | UMUM | Umum |
PSORIASIS | Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk, tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh. Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak menyebabkan artritis. | UMUM | |
ANJING RAKUN | Anjing rakun ialah anggota famili anjing berbulu tebal yang tumbuh serupa dengan rakun. Tempat asal anjing ini ialah hutan Siberia dan Asia Timur termasuk Jepun. | UMUM | |
KASUARI | Kasuari ialah burung besar, pemalu yang hidup di hutan tebal di Australia, New Guinea dan pulau- pulau yang berdekatan. | UMUM | |
ALOE | Aloe ialah nama kumpulan yang terdiri daripada melebihi 200 tumbuhan berdaun tebal yang berasal daripada Timur Tengah, Madagascar, dan selatan Afrika. Ia sering ditanam di kawasan beriklim panas. Aloe berkaitan dengan lili, walaupun kedua-duanya sangat berbeza dari segi rupa. | UMUM | |
KASUT SALJI | Kasut salji ialah alat yang membolehkan seseorang berjalan di atas salji tebal tanpa tenggelam. Ini dapat dilakukan kerana kasut salji menyebarkan berat seseorang itu meliputi kawasan yang lebih luas. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tebal (adjektif) | 1. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, banyak, Berantonim dengan nipis
2. Bersinonim dengan lebat: banyak, rapat, rimbun, padat, penuh, sendat, sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, Berantonim dengan jarang
3. Bersinonim dengan teguh: kuat, kukuh, kental, mendalam, Berantonim dengan lemah
| Kata Terbitan : menebalkan, ketebalan, penebalan, |
|
Puisi |
---|
|
Hilang tin gunung ditumpal, Nampak dari Gunung Jematu; Pinggang ramping badannya tebal, Pandai juga membuat laku.
Lihat selanjutnya... |
|