Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MEKAR DAN SEGAR | MEKAR DAN SEGAR, antologi cerpen yang memuatkan hasil karya pengarang Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang digolongkan sebagai penulis angkatan baru. Antologi ini diterbitkan oleh Oxford University Press (OUP), Kuala Lumpur pada tahun 1959 dan diulang cetak pada tahun 1960. Dalam cetakan kedua, terdapat sedikit tambahan dengan melampirkan catatan biodata setiap pengarang. Antologi ini dicetak oleh Craftman Press Ltd. Singapura, manakala kerja-kerja mengumpul dan menulis kata pengenalan dilakukan oleh Asraf, yang ketika itu bertugas sebagai ketua redaksi di OUP. | SASTERA | Karya |
PLUM | Plum ialah buah yang popular yang dimakan segar atau digunakan untuk membuat jem, jeli dan jeruk. Sesetengah jenis plum dikeringkan untuk dibuat prun (lihat Prun ). | UMUM | |
MENTOL | Mentol ialah sebatian putih yang lembut, berbau pudina dan mempunyai rasa segar serta sejuk. Ia digunakan secara meluas sebagai bahan untuk ubat batuk dan selesema, pewangi dan rokok. Mentol diperoleh daripada minyak daun pokok pudina. | UMUM | |
SUSU MENTEGA | Susu mentega ialah cecair putih yang tinggal selepas krim digodak untuk dibuat mentega. Susu mentega asli manis dibuat daripada krim segar yang telah disejukkan dan digodak. Susu mentega asli masam dibuat daripada krim yang telah dimasamkan dengan menambah bakteria penghasil asid laktik, yang dinamakan pemula. Susu mentega asli tidak tahan disimpan sebagai minuman segar. Tetapi susu mentega asli manis kadangkala dikeringkan menjadi serbuk dan digunakan secara komersial dalam memasak, membakar dan membuat aiskrim. | UMUM | |
NUTRIA | Nutria, juga dikenali sebagai coypu , ialah rodensia besar yang tinggal dalam air segar atau berhampiran dengannya. Nutria berasal dari selatan Amerika Selatan, tetapi telah diperkenalkan ke negara-negara lain untuk diternak bagi bulunya. Bulunya dikenali sebagai nutria, iaitu perkataan Sepanyol bagi memerang. Bulu nutria digunakan untuk membuat kot dan sarung tangan, manakala dagingnya digunakan untuk membuat makanan haiwan kesayangan. | UMUM | |
AIR MAWAR | Air mawar ialah larutan jernih dan tidak berwarna yang diperbuat daripada bunga mawar segar dan digunakan untuk membuat pewangi dan ubat tertentu. | UMUM | |
SELADA | Selada ialah sayur yang popular yang digunakan terutamanya untuk membuat salad. Biasanya selada dimakan segar dan tidak dimasak. Selada adalah sebahagian daripada banyak diet untuk mengawal berat badan kerana ia mengandungi sedikit kalori dan membekalkan kalsium, besi dan vitamin A. Kebanyakan jenis selada mempunyai daun yang besar berwarna hijau dan tumbuh rapat ke tanah pada batang yang sangat pendek. Selada adalah tanaman ladang yang penting di banyak kawasan di dunia, dan pekebun rumah menanam beberapa jenis selada. Perladangan selada mungkin bermula di Parsi seawal tahun 550 S.M. | UMUM | |
AISBERG | Aisberg ialah timbunan ais yang amat besar, berkemungkinan pecah di hujung bahagian bawah glasier dan jatuh ke dalam laut. Timbunan ais yang amat besar ini dikenali sebagai aisberg, dan ia terjadi daripada air beku segar | UMUM | |
PERKEBUNAN PASARAN | Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur- sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya, untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza. Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan penggunaan penyejukan bagi mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah mengurangkan pergantungan penduduk bandar pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran moden merupakan perniagaan besar, yang membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad atau tomato. | UMUM | |
LADANG PASTURA | Ladang pastura ialah ladang rumput atau tanaman foraj untuk dijadikan makanan ternakan, sama ada digunakan untuk ragutan atau dipotong dan diberi makan secara segar kepada ternakan. | PERTANIAN | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| segar (adjektif) | 1. Dalam konteks badan bersinonim dengan sihat, cergas, afiat, sejahtera, selesa, Berantonim dengan lesu
2. Dalam konteks udara bersinonim dengan nyaman, nikmat, sedap, selesa, seronok, enak, naim, Berantonim dengan pengap
3. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan bersinonim dengan subur, banyak, biak, umbur, umbul, Berantonim dengan layu
4. Bersinonim dengan rancak: cergas, hidup, tangkas, giat, lincah, sigap, pantas, cekatan, gancang, cerdas, aktif, Berantonim dengan lemah
5. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan terlekat, ada, kekal, terngiang-ngiang, terbayang-bayang, Berantonim dengan lenyap
| Kata Terbitan : menyegarkan, kesegaran, |
|
|