Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ASHE, ARTHUR | Ashe, Arthur (19431993), pemain tenis Amerika, orang kulit hitam pertama memenangi kejohanan perseorangan kebangsaan lelaki Amerika. Dia memenangi kejuaraan itu pada tahun 1968. Pada tahun yang sama, dia bermain dengan pasukan Amerika Syarikat yang memenangi Piala Davis (lihat Piala Davis ). Pada tahun 1975, Ashe menjadi orang kulit hitam pertama yang memenangi kejuaraan perseorangan Wimbledon di England. Dia bersara daripada pertandingan tenis pada tahun 1980. | UMUM | |
AGENSI PEMUNGUTAN | Agensi pemungutan ialah sebuah organisasi yang memungut bayaran yang terlewat. Banyak syarikat perniagaan dan orang perseorangan menggunakan agensi pemungutan daripada membuang masa mereka sendiri untuk memungut hutang yang sedemikian. Agensi tersebut menerima bayaran atau komisen yang biasanya berasaskan jumlah yang dipungutnya. | UMUM | |
PERNIAGAAN | Perniagaan, termasuk kesemua kegiatan pengeluaran barang dan perkhidmatan secara komersial. Pengeluar terdiri daripada kedai kecil yang dimiliki oleh orang perseorangan sehingga kepada organisasi besar yang dimiliki oleh beribu- ribu pemegang saham. Perkataan perniagaan boleh merujuk kepada pengeluar barang atau perkhidmatan yang sama, seperti perniagaan pakaian , perniagaan hiburan, atau perniagaan insurans . Perusahaan perniagaan oleh individu juga boleh dipanggil sebagai perniagaan. | UMUM | |
NAVRATILOVA, MARTINA | Navratilova, Martina (1956 ), salah seorang pemain tenis wanita utama dunia. Dari tahun 1973 hingga pengumuman persaraannya pada tahun 1994, dia mencatat rekod dengan memenangi 167 kejohanan perseorangan. | UMUM | |
SEDGMAN, FRANK | Sedgman, Frank (1927 ), salah seorang pemain tenis terbaik Australia. Dari tahun 1950 hingga tahun 1952, dia bermain sebanyak 19 kali untuk Australia dalam pertandingan Piala Davis dan hanya kalah dua kali. Pada tahun 1951, dia menjadi orang Australia yang pertama menjuarai acara perseorangan Amerika Syarikat. Pada tahun 1952, dia menjuarai acara perseorangan Amerika, Itali, dan Wimbledon. Francis Arthur Sedgman lahir di Melbourne. | UMUM | |
STOK DAN SAHAM | Stok dan saham merupakan hak pemilikan di dalam syarikat liabiliti terhad. Setiap syarikat mempunyai satu stok yang dibahagi kepada beberapa saham. Saham mungkin dipegang oleh orang perseorangan atau syarikat lain. Pemegang saham melaburkan wang dalam sebuah syarikat dan mendapat sebahagian hak pemilikan syarikat dan berkongsi keuntungannya sebagai pulangan. Istilah stok juga digunakan untuk merujuk kepada perjanjian jangka panjang dalam membuat pinjaman kepada kerajaan atau sesuatu syarikat besar, yang tidak melibatkan hak milik. | UMUM | |
LIM SWIE KING | Lim Swie King (1956- ), pemain perseorangan dan beregu badminton kebangsaan Indonesia pada tahun 1970-an dan 1980-an. | SUKAN | Tokoh |
SERIUM | Serium ialah logam lembut, berwarna kelabu dalam kumpulan unsur kimia nadir bumi. Ia ditemui pada tahun 1803 oleh ahli kimia Sweden, Jons Berzelius dan ahli geologi Sweden, Wilhelm von Hisinger, dan secara perseorangan oleh ahli kimia Jerman, Martin Klaproth. Serium dinamakan sempena nama Seres, iaitu asteroid (planet minar). | UMUM | |
RIBA | Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi, yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar maksimum yang sah di sisi undang-undang. Orang perseorangan atau institusi yang mengenakan kadar yang lebih daripada yang dibenarkan di sisi undang-undang dikenali sebagai pemakan riba . | UMUM | |
KEDERMAWANAN | Kedermawanan ialah usaha untuk mencapai kesejahteraan manusia oleh individu dan kumpulan yang menyumbangkan khidmat atau harta dan wang. Kedermawanan berbeza daripada kebajikan kerana kedermawanan biasanya menolong kumpulan yang besar atau sesebuah institusi dan bukan orang perseorangan atau beberapa individu sahaja. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
|