Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MENGUMPUL SETEM | Mengumpul setem ialah salah satu daripada hobi mengumpul yang paling popular di dunia. Orang muda, orang tua, orang kaya, dan orang miskin di setiap negara mengumpul setem. Mengumpul setem pernah dikenali sebagai hobi raja dan raja segala hobi. Raja George V dari England, Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt, dan ramai lagi tokoh terkemuka, mengumpul setem. Pengumpul setem dikenali sebagai ahli filateli. Nama tersebut berasal daripada dua perkataan Yunani, philos yang bermaksud penyayang, dan atelos, yang bermaksud bebas daripada cukai, atau berbayar. Setem ialah tanda pengeposan atau cukai telah dibayar. | UMUM | |
KHULAFA' AL-RASYIDIN | Khulafa al-Rasyidin, gelaran untuk empat orang khalifah terkemuka yang menerajui pemerintahan Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. | AGAMA | Jawatan/Gelaran |
TECUMSEH | Tecumseh (1768?1813) ialah pemimpin suku Orang Asli Amerika bahagian timur, yang terkemuka pada akhir tahun 1700-an dan awal tahun 1800-an. Dia berusaha menyatukan semua suku Orang Asli Amerika menjadi satu gabungan yang akan mempertahankan tanah Orang Asli Amerika daripada pencerobohan orang kulit putih. Tecumseh bermakna tembakan bintang atau meteor. | UMUM | |
MENNINGER | Menninger ialah nama keluarga bagi dua orang pakar psikiatri terkemuka Amerika. Bersama bapa mereka, Charles Frederick Menninger (18621953), mereka menubuhkan Klinik Menninger dan Yayasan Menninger di Topeka, Kansas, Amerika Syarikat. Mereka merintis bidang rawatan orang yang menghadapi masalah gangguan mental dan fizikal dalam suasana klinik yang bercirikan komuniti. Yayasan tersebut merawat pesakit mental, melatih ahli psikiatri dan pegawai kesihatan mental yang lain, serta menjalankan kajian dalam banyak bidang yang berkait dengan kelakuan manusia. | UMUM | |
ACHEBE, CHINUA | Achebe, Chinua (1930 ), orang Nigeria, yang menjadi salah seorang penulis Afrika yang paling terkemuka. Tulisannya meneliti apa yang dianggap sebagai akibat-akibat tragik imperialisme British terhadap masyarakat Afrika. Dia menganalisis kaitan antara gaya kesusasteraan Inggeris dengan Afrika. Karyanya mempengaruhi kritikan sastera | UMUM | |
MORTIMER | Mortimer ialah nama keluarga bangsawan Inggeris yang terkemuka dalam sejarah Inggeris dari tahun 1100-an hingga awal tahun 1400-an. Mereka menjadi tuan tanah yang penting di kawasan Welsh Marches (lihat Marches). Kuasa wilayah dan ketenteraan keluarga Mortimer menjadikan mereka kuasa yang kuat dalam perbalahan yang berulang-ulang antara raja-raja Inggeris dan baron mereka. Tuntutan orang York terhadap takhta Inggeris semasa Perang Ros telah diperoleh dari keluarga Mortimer menerusi perkahwinan. | UMUM | |
TACITUS, CORNELIUS | Tacitus, Cornelius (kira-kira 55 M.120 M.) ialah salah seorang ahli sejarah yang terkemuka di dunia. Hasil kerjanya yang penting ialah karyanya Histories yang mengisahkan tentang pemerintahan yang singkat oleh maharaja Galba, Otho dan Vitellius; dan Annals, yang menggambarkan sejarah orang Rom dari zaman pemerintahan Augustus ke Nero. | UMUM | |
SAKHAROV, ANDREI DMITRIYEVICH | Sakharov, Andrei Dmitriyevich (19211989) ialah ahli fizik Soviet yang menjadi terkemuka kerana penyelidikannya tentang tindak balas termonuklear terkawal. Usahanya membantu ahli sains Soviet mencipta bom hidrogen pada awal tahun 1950-an. Tetapi, Sakharov menjadi terkenal kerana usahanya mempromosi hak asasi manusia dan keamanan dunia. Dia dianugerahi Hadiah Nobel tahun 1975 kerana usaha ini. Mulai akhir tahun 1960-an, Sakharov dan isterinya Yelena Bonner, berkali-kali mengkritik kerajaan Soviet dengan menuduhnya tidak memberikan hak asasi manusia kepada warganegara Soviet. Pada tahun 1980, Sakharov ditangkap oleh pihak berkuasa Soviet dan dibuang negeri ke Gorki (kini Nizhniy Novgorod), iaitu bandar yang tertutup kepada orang asing. Pada tahun 1986, dia dibebaskan dan dibenarkan pulang ke Moscow. Pada tahun 1989, Sakharov dipilih menjadi ahli dewan perundangan Soviet yang baru dibentuk yang dinamakan Kongres Wakil Rakyat. | UMUM | |
ABU TAMAM | Abu Tamam (190 H.?231 H.?/806 M.?846 M.?), penyair yang terkemuka pada zaman kerajaan Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Habib ibn Aws al- Taiy. Dikatakan bahawa bapanya bernama Tadarrus yang dahulunya seorang Nasrani. Setelah memeluk Islam, dia menukarkan namanya kepada Aws serta hidup dalam Kabilah Tayy. Sebenarnya, Abu Tamam berasal daripada keturunan Arab. Dia lahir di Jasim, iaitu salah sebuah perkampungan Hauran di Syam yang terletak kira-kira 40 kilometer di selatan Damsyik. Terdapat perselisihan pendapat tentang tarikh lahirnya. Ada pendapat mengatakan bahawa dia lahir pada 172 H. atau pada tahun 190 H. Begitu juga terdapat pertentangan pendapat tentang tarikh kematian, iaitu antara 228 H. dengan 231 H. Dia dibesarkan di Syam dalam kehidupan yang miskin. Dia bekerja sebagai penenun kain di Damsyik. Kemudian dia berpindah ke Hims dan seterusnya mengembara ke Mesir. Di sana, dia bekerja sebagai pemberi minuman kepada orang ramai di Jami Amr ibn al-As. Dia sering kali menghadiri majlis sastera dan ilmu. Pada zamannya, Abu Tamam mempelajari ilmu-ilmu agama, bahasa Arab dan ilmu yang diterjemah dalam bahasa Arab seperti ilmu mantik, falsafah dan kata-kata hikmah. Dia memiliki kecerdikan dan ingatan yang kuat di samping idea yang bernas. Dia meninggal dunia di Mosul, Iraq. | UMUM | |
SEWARD, WILLIAM HENRY | Seward, William Henry (18011872), berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika Syarikat semasa Perang Saudara Amerika (1861 1865). Dia ialah pemimpin Republikan yang terkemuka di negara itu pada tahun 1860, tetapi tewas di tangan Abraham Lincoln dalam penamaan calon parti. Seward bertungkus-lumus untuk pemilihan Lincoln dan diterima dalam Kabinet Lincoln sebagai Setiausaha Negara. Oleh sebab kemampuan Seward mengendalikan hal-ehwal luar negara, negara-negara Eropah tidak memberi sebarang bantuan kepada Negeri-Negeri Gabungan. Seward telah dicederakan oleh orang yang bersubahat dengan John Wilkes Booth pada malam Lincoln dibunuh. Dia mengambil masa yang lama untuk sembuh dan meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Negara di bawah Presiden Andrew Johnson. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
|