Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ABDULLAH IBN MASUD | Abdullah ibn Masud (? 32 H./? 653 M.) ialah salah seorang daripada para sahabat besar dan berketurunan Huzaliy yang tinggal di Makkah. Dia termasuk dalam kalangan golongan yang terawal memeluk Islam. Abdullah r.a. pernah berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali. Di samping itu, dia turut berjuang bersama-sama Rasulullah SAW dalam beberapa peperangan dan menjadi orang suruhan nabi yang setia serta sentiasa menemani Baginda sewaktu menyelesaikan sesuatu urusan dan perjalanannya. Dalam Perang Badar, dia berlawan dengan Abu Jahal. | UMUM | |
GUNDIK | GUNDIK, perempuan simpanan raja atau sultan. Isteri (permaisuri) raja biasanya berketurunan raja dan dikahwini secara sah, manakala gundik ialah perempuan bukan berdarah raja yang diambil sebagai hamba atau orang suruhan raja atau istana. Bilangan isteri raja tidak melebihi empat orang sesuai dengan hukum Islam. Sebaliknya, raja boleh mempunyai gundik seramai mungkin. Pada peringkat awal perkembangan, Islam membolehkan hamba digauli oleh tuannya. Raja mengambil kesempatan itu untuk menghalalkan perbuatan tersebut dengan mempunyai gundik antara 300 hingga 400 orang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
LATAH | LATAH. Suatu gangguan saraf yang menyebabkan seseorang itu hilang penguasaan terhadap kelakuan sendiri, suka meniru atau mengikut suruhan orang, sama ada kata-kata atau perbuatan dengan tidak disengajakan kerana terganggu, terperanjat atau terkejut. | BUDAYA | Penyakit |
ISTIQAMAH | Istiqamah adalah menjalankan sesuatu suruhan dengan patuh dan berterusan. Orang yang beristiqamah disebut Mustaqim. | AGAMA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
|