Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ORANG-ORANG BESAR | ORANG-ORANG BESAR, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, golongan bangsawan (pembesar Melayu) dianggap sebagai satu kelas sosial di negeri-negeri Melayu. Golongan pemerintah dan golongan rakyat dianggap sebagai satu unsur asas bagi struktur politik dan sosial Melayu. Orang-orang besar dibezakan secara jelas di hampir semua kawasan petempatan Melayu berdasarkan keturunan dan ikatan perkahwinan. Justeru itu, amat sukar bagi rakyat biasa bertukar taraf menjadi golongan pemerintah di daerah yang latar belakang keluarganya telah dikenali ramai. Rakyat biasa lazimnya berasa rendah diri dan menggunakan bahasa yang halus serta membongkokkan badan sebagai tanda hormat, apabila berhadapan dengan orang-orang besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
MENURUN | MENURUN, satu keadaan yang berlaku apabila semangat dan makhluk halus diseru masuk dan meresap ke dalam tubuh seseorang bomoh. Menurun juga digunakan sebagai suatu kaedah dalam pengubatan tradisional. Untuk mewujudkan keadaan menurun, bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai khadam ataupun bersahabat dengan orang halus dan jin yang akan meresap ke dalam tubuh bomoh setiap kali ia dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit. Upacara menurun dilakukan untuk memulihkan pesakit yang terkena ilmu guna-guna, dirasuk hantu, keteguran dan sebagainya. | BUDAYA | Kaedah |
MAKHLUK HALUS | MAKHLUK HALUS, kejadian dalam dunia ghaib yang dipercayai dapat mempengaruhi keadaan dan mempunyai kuasa terhadap alam nyata. Makhluk halus dikenal juga sebagai semangat, badi, dan jiwa. Roh bukan makhluk halus. Sebelum kedatangan Hindu dan Buddha, orang Melayu menganggap makhluk halus sebagai hantu tetapi setelah kedatangan agama tersebut, dewa dan dewi juga dipercayai mempunyai kuasa seperti makhluk halus yang lain. | BUDAYA | Kepercayaan |
SUP SARANG BURUNG | Sup sarang burung ialah makanan orang Cina yang terkenal. Sup luar biasa ini dibuat daripada sarang burung swiflet, iaitu burung tertentu di Asia Tenggara yang tergolong dalam famili burung layang-layang. Sarang burung ini dikukuhkan dengan air liur yang telah keras daripada burung swiflet jantan. Apabila dimasak, sarang burung ini menjadi kenyal yang menjadikan tekstur sup kelihatan menarik. Rasa sup datangnya terutamanya daripada jenis air rebusan sarang burung dimasak. Dalam jenis sup sarang burung yang terkenal, sarangnya dimasak dalam air rebusan ayam pekat yang dicampurkan dengan ayam lembut (putih telur yang dipukul hingga naik dan ayam dicincang halus). Lain-lain jenis sup sarang burung termasuk sup masin yang dihidang sebagai pembuka selera dan sup pencuci mulut yang manis yang dibuat dengan tembikai. | UMUM | |
MUZIK POPULAR | Muzik popular ialah muzik yang mendapat tempat di hati orang ramai iaitu muzik yang dinikmati oleh sebilangan besar penduduk. Istilah ini sering digunakan untuk membezakannya daripada muzik klasik. Muzik klasik adalah satu bentuk seni yang dipelajari, dan ciptaan yang agak rumit dipersembahkan oleh pemain instrumental solo, kuartet bertali, orkestra simfoni, dan sebagainya. Sesetengah orang merasakan bahawa muzik popular mudah dan menghiburkan sementara muzik klasik pula serius, begitu halus, atau sukar dinikmati. Walau bagaimanapun lagu popular seperti Eleanor Rigby oleh John Lennon dan Paul McCartney, adalah serius dan agak rumit, dan banyak karya klasik seperti Eine Kleine Nachtmusik karya Mozart, simfoni-simfoni Tchaikovsky, atau Bolero karya Ravel dikenali dan digemari oleh berjuta-juta pendengar. Malah sesetengah muzik klasik seperti beberapa karya piano Chopin telah diadaptasikan sebagai lagu popular. | UMUM | |
OKULTISME | Okultisme ialah istilah yang merujuk kepada pelbagai kepercayaan dan amalan yang melibatkan ilmu ghaib atau kuasa di luar dunia tabii. Okultisme meliputi ilmu nujum, tilik nasib, ilmu sihir, dan spiritualisme, iaitu kepercayaan bahawa roh orang mati berkomunikasi dengan orang yang hidup. Orang yang mempercayai okultisme menganggap bahawa ia berasaskan ilmu halus yang tidak dimiliki oleh orang biasa. | UMUM | |
MUSLIN | Muslin ialah kain putih atau kain tak luntur yang ditenun rapat-rapat dibuat daripada yarn kapas berkord. Ia dinamakan sempena nama bandar Mosul di Iraq, tempat kain ini mula-mula dibuat. Orang British menamakan fakrik kapas halus sebagai muslin. Di Amerika Syarikat, muslin bermakna kain kukuh untuk kegunaan harian. Kain muslin yang lebar dinamakan sebagai kain cadar. | UMUM | |
POKOK RUMBAI | Pokok rumbai ialah pokok kecil atau pokok renek yang dinamakan demikian kerana kelopak bunganya bak benang atau bak rumbai berwarna putih. Ia juga dikenali sebagai janggut orang tua ( old mans beard ). Pokok rumbai ini tumbuh sehingga kira-kira 10 meter tingginya. Bunganya yang halus mekar pada awal musim bunga. | UMUM | |
ASBESTOS | Asbestos ialah sebarang kumpulan serat mineral bak benang yang lembut. Asbestos mempunyai banyak sifat yang menjadikannya berharga dari segi komersial. Misalnya, ia tidak terbakar atau tidak mudah mengalirkan haba atau kuasa elektrik. Ia fleksibel dan kuat serta tidak terjejas oleh kebanyakan bahan kimia. Asbestos boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika banyak dihidu. Ia dianggap tidak menimbulkan bahaya kepada kesihatan jika ia kekal utuh. Asbestos menjadi berbahaya hanya apabila ia berkecai dan membebaskan seratnya yang halus ke udara. Asbestos yang kering dan mudah berkecai dengan sedikit sahaja tekanan dikatakan mudah hancur . Asbestos sedemikian dikaitkan dengan penyakit yang dikenali sebagai asbestosis dan dengan jenis-jenis tertentu kanser. Penyakit ini biasa terjadi di kalangan orang yang bekerja menangani asbestos. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang mengail tepi pantai, Dapat seekor ikan todak; Sungguh halus sutera cindai, Kalau buruk terbuang juga.
Lihat selanjutnya... |
|