Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NARAYAN, R. K. | Narayan, R. K. (19062001) ialah novelis dan cerpenis India yang menulis dalam bahasa Inggeris. Novel-novelnya memaparkan tentang kehidupan orang biasa India yang menggambarkan kekhuatiran tentang pertukaran identiti nasional dan sejarah. Para pengkritik memuji Narayan kerana kualiti tragikomik dalam hasil kerjanya dan kelembutan ironinya ketika menggunakan watak ciptaannya. | UMUM | |
ORANG-ORANG BESAR | ORANG-ORANG BESAR, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, golongan bangsawan (pembesar Melayu) dianggap sebagai satu kelas sosial di negeri-negeri Melayu. Golongan pemerintah dan golongan rakyat dianggap sebagai satu unsur asas bagi struktur politik dan sosial Melayu. Orang-orang besar dibezakan secara jelas di hampir semua kawasan petempatan Melayu berdasarkan keturunan dan ikatan perkahwinan. Justeru itu, amat sukar bagi rakyat biasa bertukar taraf menjadi golongan pemerintah di daerah yang latar belakang keluarganya telah dikenali ramai. Rakyat biasa lazimnya berasa rendah diri dan menggunakan bahasa yang halus serta membongkokkan badan sebagai tanda hormat, apabila berhadapan dengan orang-orang besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
PANGERAN MATUSIN | PANGERAN MATUSIN (? -1880-an), pembesar Mukah, Sarawak. Dia adalah anak pembesar Brunei dengan orang biasa keturunan Melanau dari Mukah. Dia dihalau dari Mukah oleh Pangeran Arshad, tetapi Sultan Brunei memperkenankannya menetap di situ. Mengikut catatan Charles Brooke, Pangeran Matusin disenangi oleh penduduk tempatan kerana kegigihannya dan sifatnya yang tidak memandang darjat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
OKULTISME | Okultisme ialah istilah yang merujuk kepada pelbagai kepercayaan dan amalan yang melibatkan ilmu ghaib atau kuasa di luar dunia tabii. Okultisme meliputi ilmu nujum, tilik nasib, ilmu sihir, dan spiritualisme, iaitu kepercayaan bahawa roh orang mati berkomunikasi dengan orang yang hidup. Orang yang mempercayai okultisme menganggap bahawa ia berasaskan ilmu halus yang tidak dimiliki oleh orang biasa. | UMUM | |
SEJARAH NEW ZEALAND | New Zealand, Sejarah . New Zealand dinamakan oleh seorang pelukis peta Belanda yang tidak diketahui, selepas jurumudi Belanda, Abel Tasman mengunjungi kawasan ini pada tahun 1642. Tasman merupakan orang Eropah pertama yang diketahui mengunjungi New Zealand . Tetapi New Zealand sudah dijumpai dan didiami seribu tahun lebih awal oleh penduduk Polinesia Timur, mungkin dari Kepulauan Cook atau Tahiti. Pada pertengahan tahun 1800-an, keturunan daripada mereka ini menggunakan nama Maori, daripada ungkapan mereka tangata maori (orang biasa), untuk membezakan mereka daripada pendatang asing Pakeha (Eropah) peneroka British yang menjajah negara itu pada waktu itu. Orang Maori memanggil negara mereka Aotearoa, bermakna negara awan putih yang panjang, yang dikatakan oleh sesetengah orang Maori sebagai nama yang mula-mula digunakan oleh Kupe, penemu legenda negara ini. | UMUM | |
MABUK KETINGGIAN | Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu, loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes, seseorang akan muntah apabila mengalaminya. | UMUM | |
SCALAWAG | Scalawag ialah orang kulit putih dari Amerika Selatan yang bekerjasama dengan orang kulit hitam dan orang utara Republikan untuk mengawal politik di Selatan selepas Perang Saudara Amerika. Orang Demokrat di Selatan menyifatkan golongan ini sebagai haiwan berpakaian manusia dan memanggil mereka scalawag , iaitu nama yang biasa digunakan pada lembu yang tidak berguna. Kebanyakan Scalawag terdiri daripada peniaga, dan peladang yang menentang perpisahan (pengunduran) daripada kesatuan sebelum peperangan. Orang Scalawag yang lain, kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin dari kawasan bukit bukau di Selatan. Terdapat orang scalawag yang mendapat keuntungan peribadi tetapi ada yang yakin bahawa pihak Selatan perlu meninggalkan nilai bangsa dan masyarakatnya sebelum perang untuk terus hidup. Orang Scalawag membantu membangunkan semula pelajaran dan masyarakat serta meluluskan undang-undang yang membolehkan golongan kulit hitam mengundi. Pada tahun 1870-an, mereka menghilangkan diri apabila Demokrat berkuasa semula di Selatan. | UMUM | |
SEMBELIT | Sembelit ialah keadaan apabila usus tidak membuang bahan sisa semudah biasa. Orang yang sembelit tidak dapat membuang air besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin berasa pening kepala dan sakit tulang belakang. Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila seseorang sering mengambil julap atau tidak mengambil jenis makanan tertentu secukupnya, terutama makanan yang mengandungi serat. Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil. | UMUM | |
MENYELAM DALAM AIR | Menyelam dalam air ialah cara orang sampai ke dunia yang luar biasa dan indah di bawah permukaan lautan, tasik, dan sungai. Orang zaman purba menyelam dalam air untuk mencari ikan, haiwan air yang lain, dan tumbuhan untuk makanan. Dengan kemahiran yang dimajukan dan perkembangan peralatan, berbagai-bagai kegiatan lain telah mula dilaksanakan dalam air. | UMUM | |
DELUSI | Delusi ialah kepercayaan palsu. Orang yang mengalami penyakit mental biasanya menghidap delusi. Delusi yang biasa, iaitu delusi kehebatan, yang bagi orang yang menghidap keadaan ini mempunyai idea yang dibesar-besarkan tentang kepentingan mereka. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Kuda ini kuda biasa, Kuda biasa berjalan malam; Budak ini budak biasa, Buah mabuk hendak dimakan.
Lihat selanjutnya... |
|