Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PADI KUNCA | PADI KUNCA, sistem pinjaman melibatkan cara pembayaran dengan hasil padi. Sistem ini diamalkan oleh penanam padi. Pihak yang member hutang kepada petani, seperti orang tengah, tuan tanah dan orang-orang berada dalam kampung, bersedia memberi pinjaman wang berasaskan kemampuan petani membayarnya dengan hasil padi. | BUDAYA | Sistem |
KELAS MENENGAH | Kelas menengah ialah sekumpulan orang yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam sesebuah masyarakat. Istilah kelas menengah pertama kali digunakan secara umum ketika awal tahun 1800-an di Eropah. Ia merujuk kepada borjuis (kelas peniaga), sekumpulan orang yang berada di antara kaum aristokrat dengan kaum petani. | UMUM | |
SHEPARD, ALAN BARTLETT, JR. | Shepard, Alan Bartlett, Jr. (19231998), menjadi orang Amerika yang pertama berada di angkasa lepas. Pada 5 Mei, 1961, angkasawan Shepard terbang dengan roket pada jarak 188 kilometer ke angkasa lepas dari Cape Canaveral, Florida. Dia mendarat 15 minit kemudian, pada jarak 486 kilometer di luar Lautan Atlantik. Pada tahun 1971, Shepard mengetuai Apollo 14 melakukan pendaratan kali ketiga di bulan. Dia menjadi angkasawan kelima yang mendarat di bulan. Dia tidak dibenarkan terbang dari tahun 1963 hingga tahun 1969 kerana mengalami gangguan pendengaran. | UMUM | |
TINGKAH LAKU KOLEKTIF | Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang bertindak semasa berada dalam kumpulan orang ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan. Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan membantah dan malapetaka. | UMUM | |
PERANG TABUK | Perang Tabuk berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 H., antara orang Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang Rom di Syam. Raja Rom bernama Harqal telah mengumpulkan orang Rom dan kabilah-kabilah Arab yang berada di bawah pertuanan Rom, untuk memerangi orang Islam. Rasulullah s.a.w. yang mengetahui perkara ini, keluar bersama-sama 30 000 orang tentera Islam untuk menentang mereka pada tahun yang mengalami kemarau dan cuaca yang sangat panas. | UMUM | |
YOM KIPPUR | Yom Kippur ialah hari pengampunan dan hari berpuasa yang suci bagi orang Yahudi. Hari tersebut berada pada sekitar bulan September dan Oktober, atau dikenali dalam bulan Yahudi sebagai Tashreen. | UMUM | |
POLOCROSSE | Polocrosse ialah sejenis sukan luar yang menggunakan kuda. Setiap pasukan mempunyai enam orang pemain, tetapi hanya separuh daripada bilangan itu akan berada di dalam padang pada satu-satu masa. | UMUM | |
EKTOPLASMA | Ektoplasma ialah istilah yang mempunyai dua makna, satu yang digunakan oleh ahli kerohanian dan satu lagi digunakan oleh ahli biologi. Ahli kerohanian percaya bahawa roh orang mati boleh berkomunikasi dengan orang hidup melalui seseorang yang dikenali sebagai perantara. Menurut ahli kerohanian, ektoplasma ialah bahan bak kabus yang terapung dari badan perantara apabila perantara itu berada dalam keadaan bersawai. | UMUM | |
DIET SEMASA DAN SELEPAS SAKIT | Diet semasa dan selepas sakit ialah makanan dan minuman yang perlu diambil oleh orang yang berada dalam keadaan tidak sihat. | PEMAKANAN | Kaedah |
SHINTY, | Shinty sejenis permainan yang dimainkan di Scotland. Shinty juga dikenali sebagai camanachd. Terdapat 12 orang pemain bagi satu-satu pasukan. Permainan ini serupa dengan permainan hoki, tetapi pemainnya menggunakan kayu yang lebih pendek yang dinamakan caman. Setiap pasukan cuba membuat jaringan dengan memasukkan bola ke dalam hail (gol) yang berukuran 4 meter lebar dan 3 meter tinggi. Permainan ini terbahagi kepada dua bahagian, setiap satu diberi masa 45 minit. Pemain boleh memukul bola dengan mana-mana bahagian caman, sama ada bola itu berada di udara atau di tanah. Permainan ini lebih pantas dan lebih ganas daripada hoki. Pertandingan utama adalah untuk merebut Piala Pusingan Persatuan Camanachd. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata.
Lihat selanjutnya... |
|