Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ORANG-ORANG BESAR | ORANG-ORANG BESAR, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, golongan bangsawan (pembesar Melayu) dianggap sebagai satu kelas sosial di negeri-negeri Melayu. Golongan pemerintah dan golongan rakyat dianggap sebagai satu unsur asas bagi struktur politik dan sosial Melayu. Orang-orang besar dibezakan secara jelas di hampir semua kawasan petempatan Melayu berdasarkan keturunan dan ikatan perkahwinan. Justeru itu, amat sukar bagi rakyat biasa bertukar taraf menjadi golongan pemerintah di daerah yang latar belakang keluarganya telah dikenali ramai. Rakyat biasa lazimnya berasa rendah diri dan menggunakan bahasa yang halus serta membongkokkan badan sebagai tanda hormat, apabila berhadapan dengan orang-orang besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
PERANG ORANG ASLI AMERIKA | Perang Orang Asli Amerika ialah peperangan antara Orang Asli Amerika dengan orang kulit putih untuk merebut kawasan tanah subur di Amerika Syarikat. Peperangan ganas ini dijadikan latar belakang pelbagai cerita dan legenda tentang kehidupan dan perkembangan di sempadan Amerika. | UMUM | |
SOFBOL | Sofbol ialah permainan yang popular yang dimainkan oleh lebih daripada 30 juta orang di seluruh dunia. Sofbol hampir sama dengan besbol, tetapi peraturan bagi kedua-dua sukan itu berbeza dalam beberapa aspek. Pembalingan untuk sofbol mestilah dibuat secara underhand (bawah), dan pelari garisan belakang mesti menanti di garisan belakang sehingga pembaling melepaskan bola. Sofbol hanya memerlukan ruang dan peralatan yang sedikit, dan setiap perlawanan kawalan cuma memerlukan tujuh ining dan tidak sembilan seperti besbol. | UMUM | |
SEMBELIT | Sembelit ialah keadaan apabila usus tidak membuang bahan sisa semudah biasa. Orang yang sembelit tidak dapat membuang air besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin berasa pening kepala dan sakit tulang belakang. Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila seseorang sering mengambil julap atau tidak mengambil jenis makanan tertentu secukupnya, terutama makanan yang mengandungi serat. Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil. | UMUM | |
KESUSASTERAAN WALES | Kesusasteraan Wales mempunyai kepentingan istimewa dalam kalangan orang Wales. Para penulis Wales sentiasa dihormati dan berasal daripada pelbagai bidang dan latar belakang. | UMUM | |
NALURI | Naluri adalah tingkah laku yang diwarisi dan bukannya dipelajari. Kita boleh menyatakan bahawa seseorang yang suka melawan mempunyai naluri yang agresif. Tetapi orang itu tidak dilahirkan dengan keinginan untuk melawan dan, latar belakang rumah dan sekolah yang berlainan tidak mungkin membina kelakuan tersebut. Ahli sains menggunakan istilah naluri dan tingkah laku naluri hanya untuk aktiviti yang tidak melibatkan pengalaman dan pembelajaran. Untuk dapat disifatkan sebagai naluri sebenarnya, sifat tingkah laku mestilah hampir serupa bagi kedua-dua jantina dalam spesies haiwan berkenaan. | UMUM | |
SACKVILLE-WEST, VICTORIA MARY | Sackville-West, Victoria Mary (18921962) ialah penulis wanita Inggeris. Bukunya menggambarkan latar belakang keluarganya, daripada golongan bangsawan luar bandar. Dia sering dikenali sebagai Vita Sackville-West. Novelnya yang terkenal, The Edwardians (1930), menyelidik kehidupan kelas atasan orang Inggeris semasa pemerintahan Edward VII pada awal tahun 1900-an. Dengan berlatarbelakangkan kawasan luar bandar, buku tersebut cuba menggambarkan aspek sosial dan emosi pada masa tersebut. Dia juga menulis tentang kehidupan luar bandar dalam novel All Passion Spent (1931) dan The Dark Island (1934); dalam buku bukanfiksyen Country Notes (1939), English Country Houses (1941) dan In Your Garden (1951); dan dalam banyak puisi. Buku puisinya yang terkenal ialah The Land (1929). | UMUM | |
MIOPIA | Miopia juga dikenali sebagai rabun jauh ialah kecacatan penglihatan yang menyebabkan penglihatan objek jauh yang kabur. Biasanya penglihatan objek dekat masih jelas, kecuali untuk kes-kes miopia yang keterlaluan. Bagi pembentukan imej, sinaran cahaya yang dipantulkan atau dipancarkan oleh sesuatu objek mesti bertemu di retina. Retina ialah tisu peka cahaya yang terdapat di belakang dan di sisi biji mata. Bagi kebanyakan orang yang miopia, biji mata lebih panjang daripada normal dari hadapan ke belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari objek yang jauh bertemu di depan retina. Apabila sinaran mengenai retina, imej yang terbentuk adalah kabur. | UMUM | |
SENI CAROLINGIAN | Seni Carolingian ialah gaya seni yang dicipta pada akhir 700-an M. dan 800-an M. di Perancis dan barat Jerman. Seni Carolingian mengambil sempena nama Charlemagne, yang menjadi raja orang Frank dari tahun 768 M. hingga tahun 814 M. Arkitek Carolingian memberi sumbangan yang besar dari segi reka bentuk gereja dan perancangan biara. Jurutulis Carolingian mencipta jenis tulisan yang baru. Pada abad yang lalu, pelukis telah memberi tumpuan kepada pola geometri abstrak dan haiwan hebat. Pelukis, pengarca, dan artisan Carolingian memperkenalkan figura manusia pada latar belakang semula jadi ke dalam seni tampak. | UMUM | |
NUSAYBAH BINT AL-HARITH | Nusaybah bint al-Harith ialah Nusaybah bint al-Harith al-Ansariyyah. Ada mengatakan dia adalah Nusaybah bint Kaab. Dia adalah seorang daripada golongan sahabat yang terkenal. Dia memeluk Islam dan memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w. Nusaybah adalah orang yang diberi tugas memandikan jenazah Zaynab bint Rasulullah s.a.w. Kemudian para ulama mempelajari kaedah pemandian jenazah daripadanya. Nusaybah juga bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam tujuh peperangan. Dia bertugas sebagai jururawat tentera Islam yang tercedera di samping menyediakan makanan untuk mereka. Di samping itu, dia mengiringi para tentera di belakang dalam ekspedisi mereka. Nusaybah pada mulanya menetap di Madinah tetapi kemudiannya berpindah ke Basrah. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan sengat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hati; Kus semangat abang seorang, Tolak belakang ada ganti.
Lihat selanjutnya... |
|