Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AUCHINCLOSS, LOUIS | Auchincloss, Louis (1917 ), penulis Amerika. Dia merupakan salah seorang pemerhati sastera yang terbaik di kalangan kelas atasan penduduk Amerika di zamannya. Auchincloss biasa bergaul dengan orang atasan. Dia lahir di Lawrence, New York, Amerika Syarikat. Dia mendapat pendidikan di Groton, sebuah sekolah swasta; Universiti Yale dan University of Virginia . Auchincloss bekerja sebagai seorang peguam di firma Wall Street di New York . Kebanyakan watak di dalam novelnovelnya ialah peguam. | UMUM | |
SACKVILLE-WEST, VICTORIA MARY | Sackville-West, Victoria Mary (18921962) ialah penulis wanita Inggeris. Bukunya menggambarkan latar belakang keluarganya, daripada golongan bangsawan luar bandar. Dia sering dikenali sebagai Vita Sackville-West. Novelnya yang terkenal, The Edwardians (1930), menyelidik kehidupan kelas atasan orang Inggeris semasa pemerintahan Edward VII pada awal tahun 1900-an. Dengan berlatarbelakangkan kawasan luar bandar, buku tersebut cuba menggambarkan aspek sosial dan emosi pada masa tersebut. Dia juga menulis tentang kehidupan luar bandar dalam novel All Passion Spent (1931) dan The Dark Island (1934); dalam buku bukanfiksyen Country Notes (1939), English Country Houses (1941) dan In Your Garden (1951); dan dalam banyak puisi. Buku puisinya yang terkenal ialah The Land (1929). | UMUM | |
KELAS MENENGAH | Kelas menengah ialah sekumpulan orang yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam sesebuah masyarakat. Istilah kelas menengah pertama kali digunakan secara umum ketika awal tahun 1800-an di Eropah. Ia merujuk kepada borjuis (kelas peniaga), sekumpulan orang yang berada di antara kaum aristokrat dengan kaum petani. | UMUM | |
PERANG TANDING | Perang tanding ialah satu bentuk pertarungan bersenjata antara dua orang. Ia dijalankan mengikut satu set undang-undang atau peraturan dan biasanya dilakukan dengan kehadiran beberapa orang saksi. Sejak zaman dahulu hinggalah pada tahun 1800-an, golongan atasan biasanya menyelesaikan persengketaan peribadi dengan menggunakan senjata. Biasanya mereka menggunakan pedang atau pistol. Perang tanding boleh berpunca daripada pertelingkahan mengenai harta, menuduh seseorang sebagai pengecut, gangguan terhadap keluarga atau maruah peribadi, serta penipuan dalam perjudian. | UMUM | |
RENOIR, JEAN | Renoir, Jean (18941979) ialah pengarah filem Perancis. Filemnya banyak mendedahkan kelemahan manusia dan mencemuh sikap masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36 buah filem termasuk dua buah filem yang paling digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan The Rules of the Game (1939) menyindir perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada sebuah parti hujung minggu. | UMUM | |
RENJER ROGERS | Renjer Rogers ialah peninjau bagi Tentera British semasa Perang Tujuh Tahun (17561763). Robert Rogers (17311795) mengetuai pasukan renjer itu. Dia terkenal sebagai seorang komander yang berani dan pengikutnya sentiasa mengikut ke mana sahaja dia pergi. Para anggotanya terdiri daripada orang yang garang dan kasar serta tidak berdisiplin. Mereka selalu menghadapi masalah dengan pegawai atasan. | UMUM | |
BOWEN, ELIZABETH | Bowen, Elizabeth (18991973) ialah penulis novel dan cerpen Inggeris-Ireland. Bowen banyak menulis tentang masalah hubungan peribadi dalam dunia moden. Buku-bukunya mengisahkan kelas menengah atasan khususnya dan sering memberi tumpuan kepada bagaimana kehendak dan nilai orang lain memberikan kesan kepada individu. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
|