Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MENURUN | MENURUN, satu keadaan yang berlaku apabila semangat dan makhluk halus diseru masuk dan meresap ke dalam tubuh seseorang bomoh. Menurun juga digunakan sebagai suatu kaedah dalam pengubatan tradisional. Untuk mewujudkan keadaan menurun, bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai khadam ataupun bersahabat dengan orang halus dan jin yang akan meresap ke dalam tubuh bomoh setiap kali ia dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit. Upacara menurun dilakukan untuk memulihkan pesakit yang terkena ilmu guna-guna, dirasuk hantu, keteguran dan sebagainya. | BUDAYA | Kaedah |
KITARAN PERNIAGAAN | Kitaran perniagaan ialah pola aktiviti perniagaan bagi ekonomi sesebuah negara. Aktiviti ini meningkat atau menurun dari semasa ke semasa. | UMUM | |
SAWAI | Sawai ialah istilah yang umumnya digunakan untuk menerangkan sebarang keadaan separuh sedar atau lena yang luar biasa. Istilah ini juga boleh digunakan untuk menerangkan keadaan orang yang dipukau, menurun, dan orang yang mengalami gangguan mental. Kadangkala, sawai berlanjutan untuk jangka waktu yang agak panjang. Walau bagaimanapun, biasanya sawai hanya berlaku dalam tempoh waktu yang pendek. Perkataan sawai, pada mulanya digunakan bagi keadaan roh yang dipercayai telah meninggalkan tubuh bagi tempoh waktu tertentu. | UMUM | |
SULFONAMIDA | Sulfonamida ialah sebarang kumpulan sebatian antibakteria yang berkait secara kimia. Sulfonamida merupakan ubat pertama yang terbukti selamat dan berkesan bagi menentang banyak jangkitan bakteria biasa. Sulfonamida memainkan peranan utama dalam merawat antibakteria dari akhir tahun 1930-an hingga pertengahan tahun 1940-an, apabila penisilin dapat diperoleh dengan banyaknya. Bilangan kematian yang disebabkan banyak penyakit berjangkit menurun dengan mendadak disebabkan penemuan sulfonamida. Ubat-ubatan tersebut membantu menyelamatkan banyak nyawa semasa Perang Dunia II (19391945). Kini, para doktor menyarankan penggunaan sulfonamida, khususnya untuk merawat jangkitan salur kencing. | UMUM | |
TIDUR | Tidur ialah keadaan rehat dan tidak sedar terhadap apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam tempoh tertentu. Tidur tidak sama dengan koma kerana orang yang tidur mudah terjaga. Manusia atau haiwan yang sedang tidur boleh terjaga dengan cepat, misalnya, akibat bunyi bising atau cahaya lampu yang terang. Semua manusia dan beberapa jenis haiwan mesti mempunyai jumlah tidur yang cukup dalam sehari pada sela masa yang tetap. Apa yang berlaku semasa tidur. Apabila seseorang itu tidur, semua aktiviti menurun dan otot berehat. Denyutan jantung dan kadar pernafasan menjadi perlahan. Orang itu, perlahan-lahan menjadi tidak sedar terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. | UMUM | |
TEROWONG LÖTSCHBERG | Terowong Lötschberg ialah terowong landasan kereta api yang menembusi Bernese Alps di selatan tengah Switzerland berdekatan dengan Jungfrau (lihat Switzerland [peta]). Terowong ini yang dibuka pada tahun 1913, berukuran 14.6 kilometer panjang. Ia sebahagian daripada landasan kereta api Swiss Lötschberg, yang sepanjang 74 kilometer dan menghubungkan Spiez dan Brigue. Sebelum landasan ini sampai di Kandersteg, iaitu jalan masuk ke terowong ini di sebelah utara, ia menyeberangi banyak jambatan dan jejambat dan melalui 38 terowong. Di Göppenstein, iaitu hujung terowong ini di sebelah selatan, landasan tersebut menurun ke Rhône Valley, dan dari situ ia bersambung dengan Terowong Simplon yang menghala ke utara Itali. | UMUM | |
MUSIM SEJUK NUKLEAR | Musim sejuk nuklear merujuk kepada kesan dahsyat pada persekitaran seluruh dunia yang mengancam nyawa akibat perang nuklear. Perang seperti ini boleh menyebabkan berlakunya musim sejuk nuklear dengan mengakibatkan perubahan yang berbahaya pada atmosfera dan iklim bumi. Musim sejuk nuklear boleh mula terbentuk daripada kebakaran bandar yang diakibatkan oleh haba letupan nuklear yang sangat kuat. Sejumlah besar asap kebakaran ini boleh tersebar dan meliputi sekurang-kurangnya separuh permukaan bumi. Asap ini boleh menghalang sebahagian besar sinaran matahari daripada sampai di bumi. Suhu akan menurun dengan banyak, dan hujan akan berkurangan. Keadaan ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau tahun. | UMUM | |
PERSATUAN BAHASA MELAYU | PERSATUAN BAHASA MELAYU, persatuan yang memperjuangkan status bahasa Melayu agar terus berkembang setaraf dengan bahasa maju di dunia. Kelahiran sesuatu persatuan bahasa Melayu di negara ini berkait rapat dengan sejajar pergerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu. Golongan yang berpendidikan tinggi sudah mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa Melayu yang selama ini menjadi lingua france telah mula menurun. Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan mereka khuatir bahasa Melayu akan mengalami zaman kemerosotannya. Tempat bahasa Melayu akan diganti oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Menyedari akibat buruk yang akan menimpa ini, maka lahirlah beberapa persatuan bahasa Melayu sejak tahun 1888 bagi memperjuangkan bahasa Melayu. | BAHASA | Persatuan |
|
Tesaurus |
---|
| turun (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar, Berantonim dengan naik
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,
4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam, Berantonim dengan naik
6. Dalam konteks warna bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,
| Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan, |
|
|