Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KETERANGAN | Keterangan ialah maklumat yang cuba membuktikan atau menidakkan fakta yang dipersoalkan. Keterangan boleh mengandungi dokumen, rekod awam, atau testimoni saksi. Keterangan juga boleh berupa objek, seperti senjata pembunuhan yang kewujudannya atau kehadirannya dapat memberikan maklumat tentang fakta yang menjadi persoalan. | UMUM | |
KETERANGAN RAJA | Keterangan raja. Di United Kingdom, apabila seseorang yang dituduh melakukan jenayah memberikan keterangan di mahkamah terhadap rakannya yang terlibat dalam jenayah yang sama, secara sukarela dan setelah mendapat keizinan, dia dikatakan membuat keterangan raja. | UMUM | |
AKTA KETERANGAN 1951 | Akta Keterangan 1951 (Akta 56) ialah statut utama yang mengawal selia undang-undang keterangan di negara ini. | UNDANG-UNDANG | Akta |
DEPOSISI | Deposisi keterangan daripada saksi yang tidak dapat hadir ke mahkamah. Saksi memberi keterangan bukti dengan bersumpah di hadapan pegawai kehakiman. Saksi tidak hadir di mahkamah kerana saksi sebenarnya tidak dapat hadir ataupun kedua-dua belah pihak telah bersetuju saksi tidak perlu hadir di mahkamah. | UMUM | |
TEOLOGI | Teologi ialah kajian dan keterangan mengenai Tuhan ataupun pernyataan mengenai kepercayaan agama. Perkataan Inggeris theology berasal daripada perkataan Yunani theos (tuhan) dan logos (percakapan). Teologi mendalami persoalan seperti: Adakah Tuhan wujud? Bagaimanakah sifat Tuhan? Apakah hubungan Tuhan dengan dunia dan penghuninya? dan Bagaimana manusia mengenali atau mengalami kewujudan Tuhan? Sesetengah cabang teologi mengamati sejarah agama atau kajian kitab-kitab. Manakala cabang teologi yang lain pula mengamati pembelaan doktrin agama daripada pandangan yang bertentangan ataupun penerapan doktrin tersebut dalam kehidupan seharian. | UMUM | |
PANINI | Panini ialah ahli nahu bahasa Sanskrit. Para cendekiawan tidak pasti mengenai keterangan lanjut hidupnya. Dia mungkin lahir di Punjab pada tahun 500-an atau 600-an SM. | UMUM | |
MITOS | MITOS, cerita yang memberi keterangan tentang suatu tanpa diketahui siapa pengarangnya. Mitos berakar umbi daripada sesuatu kepercayaan masyarakat semasa masyarakat itu masih dalam keadaan primitif. Mitos merupakan percubaan masyarakat itu memberi keterangan tentang sesuatu yang berlaku dalam alam sekelilingnya, seperti apabila seorang dewasa cuba menjawab soalan daripada seorang kanak-kanak. Keterangan yang diberikan adalah sesuai dan selaras dengan tahap pemikiran yang dicapai oleh masyarakat semasa mitos itu diciptakan. Keterangan yang diberikan dalam mitos itu juga diterima oleh akal masyarakat tersebut. | SASTERA | Kepercayaan |
SURAH AL-BAYYINAH | Surah al-Bayyinah ialah salah satu daripada surah-surah Madaniyyah, surah yang ke-98 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al- Bayyinah (keterangan) berdasarkan firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Dan tidaklah berpecah-belah orang-orang yang didatangkan al-kitab (kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada mereka keterangan yang nyata. | UMUM | |
ALAT BOLEH NIAGA | Alat boleh niaga, merujuk kepada jenis pertukaran undang-undang atau dokumen sama ada secara perjanjian atau arahan untuk membayar wang. Alat boleh niaga digunakan sebagai keterangan keterhutangan atau gantian kepada wang yang boleh dipindahkan daripada seseorang kepada seseorang. | UMUM | |
SAMAN | Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk memberi keterangan. Surat saman mungkin digunakan untuk kesalahan jalan raya atau kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh memerintahkan orang tersebut ditangkap. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| terang | 1. Bersinonim dengan cahaya ( sinar, kilau, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan terang ( cerah, jelas, nampak, ) (adjektif:) Berantonim dengan kelam
3. Dalam konteks hari bersinonim dengan siang, cerah, (adjektif:) Berantonim dengan gelap
4. Dalam konteks bunyi bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat, (adjektif:) Berantonim dengan redam
5. Bersinonim dengan benar ( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, ) (adjektif:)
6. Dalam konteks hutan bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan, (kata kerja:)
| Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang, |
|
|