Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MUZIK ARAB | Muzik Arab. Orang Arab telah mengenal muzik sejak zaman silam seperti bangsa-bangsa lain. Bahkan mereka juga menulis pengetahuan mereka tentang muzik seperti yang dilakukan oleh bangsa-bangsa lain. Terdapat ramai pemuzik Arab yang terkenal di seluruh negeri Arab sepanjang zaman. Muzik Arab banyak terpengaruh dengan alunan muzik kawasan sekitarnya. Tetapi pada masa yang sama muzik Arab juga banyak mempengaruhi muzik-muzik kawasan berhampiran. Bahkan ia juga mempengaruhi muzik-muzik di negara-negara Eropah. | UMUM | |
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN | Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia. Matlamatnya termasuk meningkatkan paras pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160 negara menganggotai pertubuhan ini. | UMUM | |
RAZALI ISMAIL, TAN SRI | Razali Ismail, Tan Sri (1939 ) ialah Presiden Sesi ke-51, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari September 1996 hingga September 1998. Dia ialah orang keempat dari rantau Asia Tenggara yang dilantik ke jawatan tersebut dalam masa 52 tahun semenjak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan pada tahun 1945. | UMUM | |
ARYA | Arya ialah istilah yang digunakan untuk kumpulan bahasa Asia dan untuk bangsa-bangsa tertentu. Indo-Arya ialah sekumpulan bahasa yang dituturkan terutamanya di benua kecil India. Sesetengah bahasa ini wujud sejak lama dahulu kira-kira pada tahun 1500 S.M. Indo-Arya termasuk bahasa Sanskrit purba dan bahasa Hindi moden. Dalam bahasa Sanskrit, istilah arya dirujuk kepada sekumpulan orang di India purba. Orang Arya ini adalah Brahman, ahli kasta Hindu yang tertinggi, yang mengikut amalan agama yang diterima pada tradisinya dan menggunakan bahasa Sanskrit. Dalam bahasa Sanskrit, arya juga bermakna bangsawan. | UMUM | |
YOUNG, ANDREW JACKSON, JR. | Young, Andrew Jackson, Jr. (1932 ) ialah orang kulit hitam Amerika Syarikat pertama yang berkhidmat sebagai duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | UMUM | |
ROMULO, CARLOS PENA | Romulo, Carlos Pena (18991985) ialah diplomat dan penulis Filipina, pernah berkhidmat sebagai setiausaha (kemudian menteri) bagi hal ehwal luar Filipina dari tahun 1965 hingga tahun 1984. Romulo berkhidmat sebagai duta besar Filipina ke Amerika Syarikat, pada tahun 1952 dan 1953, dan dari tahun 1955 hingga tahun 1962. Dia mewakili negaranya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dari tahun 1946 hingga tahun 1954. Pada tahun 1949, dia menjadi orang Asia yang pertama memegang jawatan presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Romulo mewakili Filipina dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1957. Dia berkhidmat sebagai presiden University of the Philippines dari tahun 1962 hingga tahun 1969, dan juga memegang jawatan setiausaha pendidikan dari tahun 1966 hingga tahun 1969. | UMUM | |
SUAKA | Suaka, dalam undang-undang antarabangsa, ialah naungan dan perlindungan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada orang yang lari dari sebuah negara lain. Pemberian suaka mengikut undang-undang kebangsaan serta undang-undang dan perjanjian antarabangsa. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, para pelarian boleh meminta suaka jika mereka takut penganiayaan yang berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan, atau fahaman sosial atau politik. Tetapi, tiada siapa pun mempunyai hak untuk mendapatkan suaka. Penindasan politik merupakan sebab utama sesebuah negara memberikan suaka. | UMUM | |
BANGSA MORO | BANGSA MORO, kumpulan terbesar orang Islam di Filipina. Bangsa Moro juga disebut sebagai Marao yang bermaksud orang tasik. Istilah ini diperkenalkan oleh kaum penjajah bangsa Sepanyol sewaktu mereka menyebarkan agama Kristian di seluruh kepulauan itu. | BUDAYA | Konsep |
ORANG TAMIL | Bangsa | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
BANGSA SULU | BANGSA SULU, salah satu golongan utama etnik Moro, tinggal di Propinsi Sulu, Filipina Selatan. Di Filipina, bangsa Sulu disebut Tao-Sug, yang bermaksud orang arus. Menurut legenda, bangsa Sulu berasal dari gugusan Pulau-pulau Melayu Minangkabau. | BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Baju kurung pakaian asli, Turun-temurun bangsa Melayu; Lagi cantik bertambah seri, Dipandang lama rasa tak jemu.
Lihat selanjutnya... |
|