Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ORANG CELT | Orang Celt ialah orang, atau keturunan mereka yang menjadi penutur asal bahasa Celtik. Bahasa Celtik, yang meliputi bahasa Breton, Cornish, Ireland, Wales, dan Gaelik Scotland, membentuk suatu cabang rumpun bahasa Indo-Eropah. | UMUM | |
ORANG KREOL | Orang Kreol, di Amerika Selatan atau Amerika Utara, ialah individu yang nenek moyangnya peneroka Perancis atau peneroka Sepanyol awal di Dunia Baru. Perkataan Kreol berasal daripada perkataan Sepanyol criollo yang bererti penduduk asal tempat itu . Istilah itu juga merujuk kepada makanan Kreol dan aspek-aspek lain kebudayaan Kreol. Di Amerika Syarikat, orang Kreol ialah keturunan peneroka Perancis atau peneroka Sepanyol di Negeri-negeri Teluk seperti Louisiana. Kebanyakan orang Kreol bertutur dalam bahasa Perancis, Sepanyol, atau Portugis. Makanan orang Kreol ialah gumbo , sejenis sup, dan praline , sejenis gula-gula. | UMUM | |
KELUARGA DIRAJA | Keluarga diraja ialah anggota keluarga raja berperlembagaan yang memerintah, iaitu raja, ratu, maharaja, maharani, sultan, amir, atau raja berdaulat yang lain. Keluarga diraja dianggotai oleh seorang raja yang berkuasa dalam sebuah negara, dan juga anggota keluarganya yang terdekat isteri atau suami, anak, cucu, adik-beradik dan ibu bapa. Keluarga diraja tidak semestinya sama dengan keluarga pemerintah sesebuah negara (mereka yang berkuasa ke atas sesebuah kerajaan). Di kebanyakan negara United Kingdom contohnya raja adalah ketua negara tetapi tidak memainkan sebarang peranan dalam pentadbiran kerajaan. Sesetengah keluarga pemerintah yang menguasai kerajaan pula tidak semestinya berdarah raja. Contohnya, keluarga pemerintah negara Kuwait bukanlah berdarah raja. Keluarga sebegini biasanya tidak mempunyai asal usul dari keturunan bangsawan sejak zaman nenek moyang lagi. | UMUM | |
DATO' KELANA SUNGAI UJONG | DATO KELANA SUNGAI UJONG, penghulu adat bagi luak Sungai Ujong di Negeri Sembilan. Gelaran penuh Dato Kelana ialah Dato Kelana Putera. Gelaran asal Penghulu Menteri. Menurut legenda, institusi Dato Kelana berasal daripada watak mitos, Bendahara Sekudai yang dikatakan daripada keturunan Sultan Johor dan Puteri Mayang Selida. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
MELAYU COCOS | MELAYU COCOS, keturunan buruh paksa yang berasal dari Kepulauan Melayu Hindia Timur lama dan menetap di Kepulauan Cocos (Keeling) sejak tahun 1820-an. Mereka beragama Islam dan bertutur bahasa Melayu lama serta mengamalkan cara hidup orang Melayu yang dibawa dari kawasan asal mereka. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
SIDANG | SIDANG, satu jawatan dalam pentadbiran kampung tradisi di Melaka, baik dalam daerah yang mengamalkan adat perpatih seperti di Naning, mahupun di daerah-daerah lain yang mengamalkan adat temenggung, seperti di Alor Gajah atau bandar Melaka. Asal usul perkataan sidang dipercayai berasal dari Sumatera, khususnya di Minangkabau. Dalam penggunaannya di Melaka, ia bertunjang kepada adat perpatih, walaupun konsepnya berlainan, iaitu berdasarkan wilayah dan bukan keturunan perut atau suku. | BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| turun (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar, Berantonim dengan naik
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,
4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,
5. Dalam konteks harga bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam, Berantonim dengan naik
6. Dalam konteks warna bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,
| Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan, |
|
|