SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah kerba masak merekah, Orang ramai hujung pulut; Apa khabar orang nak nikah, Lepas purnama bulan Maulud. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDaun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRamai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan renyai-renyai, Pacat naik kaki; Orang bujang ramai-ramai, Pakat cari laki. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak lutung di pokok jelutung, Anak mawas di pokok ara; Ramai-ramai kita berpantun, Kerana memuja teruna dan dara. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRamai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCukup ramai orang di kampung, Tengok orang berjual kain; Sungguh garang ayam di kampung, Denak di hutan terkamnya lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSinangan balai batang kapas, Ramai orang pasar tua; Anak menuang laut lepas, Tergadai si emak tua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeluk Senajang di Kampung Ulu, Ramai orang bertanam peria; Bila dikenang kisah dahulu, Cucur menitis airnya mata. |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 303 Don't set a wolf to watch the sheep Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai. Memberi barang kepada tangan kera The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to set a wolf to watch the sheep. We feared that he might exploit his position for his own interests. Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Tidak wajar untuk memberi barang kepada tangan kera. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentin Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|