SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang raya masak di raya, Pisang lilin masak di hujung; Orang kaya sama kaya, Orang miskin mengadu untung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSerikaya pulut udang, Mari makan di tepi pangkin; Orang kaya lagi berhutang, Ini pula kita miskin. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau beli buah berangan, Jangan lupa buah kana; Orang kaya jangan diangan, Orang miskin jangan dihina. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Husin pergi ke kota, Sampai ke kota membeli barang; Orang miskin hidup menderita, Orang kaya bersenang-lenang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna kain cukin, Sudah ada baju kebaya; Apa guna adik miskin, Baik cari orang kaya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga raya merah menyala, Bunga lebih diisi karung; Abang kaya bertambah kaya, Hamba miskin dibawa untung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang raya samanya raya, Pisang kulilit masak di hujung; Tuan kaya samalah kaya, Kami miskin mencari untung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang raya masak di raya, Pisang burung masak di ujung; Yang kaya sama kaya, Yang miskin mencari untung. |
|
Tesaurus |
---|
| orang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan manusia: orang, insan, makhluk, anak Adam, hamba Allah, umat, anak, bayi, budak, kanak-kanak,
lelaki, perempuan, wanita, remaja, belia, wong, individu,
2. Bersinonim dengan bangsa: kaum, puak, suku, kobok, kelompok etnik, masyarakat komuniti, mujtamak, keturunan,
bani,
3. Bersinonim dengan anak buah: pekerja, kakitangan, orang bawahan,
| Kata Terbitan : seorang, seseorang, orang-orangan, orang-orang, berseorangan, keseorangan, perseorangan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam.
Lihat selanjutnya... |
|